Showing posts with label Bocey. Show all posts
Showing posts with label Bocey. Show all posts

Sunday, February 1, 2015

Virus Tersingkir, Sepahtu, Shiro, Bocey, Zero, Nabil Ke Pentas Akhir MLM!

Nasib tidak menyebelahi kepada kumpulan Virus apabila tersingkir pada saingan minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Dewan Teater Diraja Selangor.


Virus Tersingkir, Sepahtu, Shiro, Bocey, Zero, Nabil Ke Pentas Akhir MLM!, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM2014

Penyingkiran Virus sekaligus gagal mara ke pentas akhir MLM 2014 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Jumaat depan.

Penyingkiran ini sekaligus menyaksikan lima peserta iaitu kumpulan Sepahtu, kumpulan Shiro, kumpulan Bocey, kumpulan Zero dan Nabil akan bertarung merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan bernilai RM500,000.

Menurut laporan Metro, sejak awal lagi  Virus yang dianggotai oleh Yus, Tauke dan Zizan gagal memberikan persembahan memuaskan dan sudah beberapa kali diumumkan menduduki tangga tiga kumpulan terbawah.

Ia seterusnya mengundang kritikan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Fazura yang mahu mereka bangkit memberikan persembahan lebih baik.

Virus sekadar mengutip 48.61 markah dari sistem pemarka

han 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Mereka terpaksa akur dengan penyingkiran ini berikutan memperoleh markah rendah berbanding kumpulan lain.

Sumber : murai.com.my