Pelakon terkenal, Eina Azman telah dikatakan kini sedang mengandung apabila tersebarnya gambar yang menunjukkan dirinya yang kelihatan sedikit berisi dan perutnya kelihatan baby bump.
Empunya diri ternyata terkejut apabila gambar dia bersama suami mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat yang tertanya-tanya adakah aktres jelita itu sedang hamil ataupun tidak.
“Mana ada saya mengandung.
Orang nampak macam ada baby bump sebab saya pakai baju besar kot. Tambah pula sejak berkahwin pada Ogos tahun lalu, saya semakin berisi, jadi orang ingat saya dah hamil,” katanya.
Sumber : katakcomel.my