Monday, January 12, 2015

Punca Kieran Beralih Ke Sinar FM

Sirih pulang ke gagang itu perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan penyampai  radio popular Kieran yang akan memulakan tugas di Sinar FM bermula pada Sabtu ini.


Punca Kieran Beralih Ke Sinar FM, info, terkini, hiburan, sensasi, penyampai radio kieran, gossip

Memilih untuk menjadi penyampai radio secara separuh masa kerana dia mempunyai tugasan dan hal lain yang perlu diuruskan terutama perniagaan sejuk bekunya iaitu Kieran Frozen Foods.

“Tawaran yang diberikan oleh Astro Radio pun saya terima dengan lapang dada dan faktor utama saya berhenti dari Hot FM ialah mengenai umur.”

“Saya merasakan umur saya yang sudah mencecah 40an, tidak sesuai untuk selera pendengar Hot FM yang dalam lingkungan usia 20an hingga 30an, jadi sebelum saya diberhentikan baik saya berhenti sendiri,” seloroh Kieran kepada portal Murai.com.my.

Kieran yang ditemui di Majlis Sidang Media Showcase Hafiz & Friends di ibu negara turut mempunyai impian lain iaitu untuk menjadi pengulas sukan di Astro Arena.

“Mana tahu ada rezeki saya kat Astro Arena untuk menjadi pengulas sukan kerana keinginan saya itu telah saya sampaikan dengan rakan-rakan setugas di sana.”

“Selain menjadi penyampai radio yang sebati dengan jiwa saya, pengulas sukan adalah minat saya juga kerana saya yakin boleh mengalas tanggungjawab itu dengan baik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kieran yang sudah 4 tahun menduda akui masih belum menemui mana-mana calon isteri kerana masanya belum tiba dan sudah selesa menjadi bapa tunggal.

“Soal kahwin lagi saya tak fikir sangat, banyak lagi perkara-perkara yang lebih penting yang perlu diambil berat, kalau jumpa calon yang sesuai saya akan beritahu umum,” kata Kieran mengakhiri bicara. 

Baca : Hazama bakal tampil dengan album baru 

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →