Monday, January 12, 2015

Hazama bakal tampil dengan album baru

Penyanyi dan pelakon Hazama memberitahu bahawa tahun ini dia mahu memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya daripada berlakon untuk menghasilkan album keduanya.

"Pada tahun ini saya mahu fokus pada karier muzik saya kerana saya mahu mencari bahan untuk pembikinan album kedua saya.

Hazama bakal tampil dengan album baru, info, terkini, hiburan, sensasi, hazama, album baru

"Namun jika terdapat tawaran watak yang bersesuaian dan memang saya nak, saya akan ambil, tapi jika tidak saya akan fokus pada karier muzik saya," katanya yang ditemui selepas sidang media "Hafiz & Friends Showcase" di Hard Rock Café, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Hazama atau nama nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi untuk album keduanya kelak, dia mahu berkolaborasi dengan Ajai.

"Untuk album kedua saya ini saya mahu berkolaborasi dengan komposer tersohor tanah air seperti Ajai.

"Saya dan Ajai sudah ada bercakap dan berbincang mengenai perancangan album saya dan Alhamdulillah Ajai banyak memberi galakan dan juga idea. Tapi sementara menunggu album diriliskan saya akan riliskan single-single terlebih dahulu."

Tambah Hazama lagi, album keduanya kelak akan memuatkan sebanyak sembilan buah lagu.

Dalam pada itu, bercerita mengenai persiapannya untuk persembahan pada Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29), Hazama berkata dia tidak menyangka lagu "Malaikat" dapat mara ke peringkat akhir.

"Sejujurnya saya sebenarnya tidak yakin dapat layak ke peringkat akhir ketika membuat persembahan pada peringkat separuh akhir kerana tahun ini saingan sengit dengan penyanyi-penyanyi hebat-hebat belaka, bagaimanapun saya bersyukur kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir AJL."

Pada masa sama, Hazama berkata dia tidak meletak harapan yang tinggi kali ini kerana baginya dapat layak ke peringkat akhir adalah satu kemenangan buatnya dan akan memberikan persembahan terbaik ketika AJL 29 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari ini.


Baca : Kes Pukul Tutup-Mangsa Amuk Maafkan Aliff Aziz 

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →