Tuesday, February 3, 2015

Ezzaty Abdullah Kekasih Baru Azwan Kombos?

Pelakon baharu Ezzaty Abdullah menjelaskan hubungan baiknya dengan pelakon Azwan Kombos hanya sekadar kawan rapat semata-mata.


Ezzaty Abdullah Kekasih Baru Azwan Kombos, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, azwan kambos, ezzaty abdullah


Ezzaty, 25, berkata, kegagalan dalam hubungan pertunangan yang terputus tahun lalu membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih teman istimewa.

"Saya dengan Azwan hanya kawan artis sahaja, selain Azwan saya juga rapat dengan seorang artis baharu iaitu Daler dan kami sering keluar bersama-sama.

"Saya baru putus tunang dan pengalaman itu sentiasa membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan agar tidak berlaku kesilapan sekali lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Ezzaty Abdullah Kekasih Baru Azwan Kombos, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, azwan kambos, ezzaty abdullah

Ezzaty berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar-gambar berdua yang sering dimuat naik di laman Instagram kedua-dua selebriti ini.

Tambahnya, dia baharu sahaja mengenali Azwan ketika mereka sama-sama menghadiri sebuah program realiti sebagai tetamu jemputan.

Bagaimanapun, Ezzaty mengakui pelakon lelaki tersebut seorang yang lembut dalam percakapan dan senang dijadikan sebagai seorang kawan baik.


"Saya kenal dia dah laman sebagai artis tetapi baru sahaja sebulan ini agak rapat selepas kami bersama-sama menghadiri sebuah program realiti tv.

"Bagi saya Azwan ni soft spoken, kalau orang tidak kenal dia mungkin sangka dia sedang mengurat tetapi sebanarnya dia memang jenis yang cakap lembut dengan semua orang.

"Berkenaan gambar berdua itu perkara biasa seperti kami bergambar dengan rakan-rakan lain juga, tetapi mungkin kerana peminat Azwan suka kami bersama, jadi mereka jadikan perkara itu sesuatu yang besar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ezzaty berkata drama bersiri lakonannya berjudul Delina sedang ditayangkan di slot Lestary di TV3.

Sumber : mstar.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →