Tuesday, February 3, 2015

Punca Zul Ariffin Takut Ambil Tawaran Berlakon Filem

Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia kini lebih mengutamakan tawaran berlakon drama berbanding filem bagi mempertahankan namanya dalam industri lakonan tempatan.


Punca Zul Ariffin Takut Ambil Tawaran Berlakon Filem, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zul ariffin

Zul, 29, berkata, sambutan yang kurang menggalakkan terhadap filem-filem tempatan membuatkan dia agak takut dan berhati-hati dalam menerima tawaran filem.

"Keadaan pasaran filem sekarang membuatkan saya takut kerana sambutan tidak menggalakkan. Banyak filem yang bagus-bagus tapi tidak berjaya menarik penonton.

"Ia risiko besar dan Isya-Allah kalau dah tiba masa yang sesuai, projek dan watak yang bagus saya akan fikirkannya," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, ditanya tentang watak, Zul berkata, biarpun dikenali dengan watak romantik, namun dia banyak membawakan watak antagonis sebelum ini.

Bagaimanapun, watak tersebut kurang mendapat perhatian penonton.

"Saya mula dikenali dengan watak romantik tetapi hakikatnya sebelum ini kebanyakkan watak saya adalah antagonis seperti dalam filem Penanggal dan Bikers Kental.

"Penonton tidak beri perhatian terhadap lakonan watak itu dan lebih suka saya bawa watak romantik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zul kini sibuk dengan penggambaran drama Istikharah Cinta untuk Slot Akasia di TV3.

Sumber : mstar.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →