Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia kini lebih mengutamakan tawaran berlakon drama berbanding filem bagi mempertahankan namanya dalam industri lakonan tempatan.
Zul, 29, berkata, sambutan yang kurang menggalakkan terhadap filem-filem tempatan membuatkan dia agak takut dan berhati-hati dalam menerima tawaran filem.
"Keadaan pasaran filem sekarang membuatkan saya takut kerana sambutan tidak menggalakkan. Banyak filem yang bagus-bagus tapi tidak berjaya menarik penonton.
"Ia risiko besar dan Isya-Allah kalau dah tiba masa yang sesuai, projek dan watak yang bagus saya akan fikirkannya," ujarnya kepada mStar Online.
Sementara itu, ditanya tentang watak, Zul berkata, biarpun dikenali dengan watak romantik, namun dia banyak membawakan watak antagonis sebelum ini.
Bagaimanapun, watak tersebut kurang mendapat perhatian penonton.
"Saya mula dikenali dengan watak romantik tetapi hakikatnya sebelum ini kebanyakkan watak saya adalah antagonis seperti dalam filem Penanggal dan Bikers Kental.
"Penonton tidak beri perhatian terhadap lakonan watak itu dan lebih suka saya bawa watak romantik," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zul kini sibuk dengan penggambaran drama Istikharah Cinta untuk Slot Akasia di TV3.
Mesti ramai yang dok tergila-gilakan aktor kacak berbandan sado si Zul Ariffin ni bukan? Yelah selepas drama bersiri Rindu Awak 200% nama pelakon kacak ini semakin melonjak-lonjak dan dikenali ramai.
Bukan nama sahaja melonjak, malah anak-anak gadis dan mak-mak budak pun turut tergila-gilakan si Zul Ariffin ni. Wah untunglah, jadi tumpuan wanit dan anak gadis di luar sana kan?
Tapi ada satu cerita yang tak sedap didengar baru-baru ini yang mengatakan si Zul Ariffin kini sudah semakin kekwat dan susah untuk bekerjasama jika orang produksi menghubungi untuk menawarkannya berlakon dalam sebuah drama.
Dengarnya, Zul kini merasakan dirinya seorang pelakon yang punya taraf yang tinggi sehingga produser sahaja yang boleh menghubunginya serta berurusan dengannya. Amboi betul ke ni? Macam tak percaya je?
Bukan itu sahaja, Zul juga didakwa hanya memilih tawaran berlakon dalam drama dari slot tertentu sahaja demi menjaga status dirinya sebagai seorang pelakon yang sudah terkenal.
Tak dapat nak pastikan cerita ini, diharap cerita ini tidak benarlah kerana tidak semua orang suka dengan sikap begitu.
Apa-apa pun doakan semoga maju jaya kepada Zul untuk kerjaya seni lakonannya.
2015 meletakkan Zul Ariffin dalam tekanan tersendiri. Perkara yang paling memberi tekanan kepada pelakon drama itu apabila diramalkan bakal menamatkan zaman solonya bersama penerbit filem produksi Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai.
Selain itu, khalayak mahu menyaksikan momentum dan kedudukan yang dilakarnya sepanjang fasa akhir tahun lalu, terus meledak pada tahun ini.
Ditebak pertanyaan mengenai resolusi, strategi dan perancangannya pada tahun ini, Zul, 28, memberitahu soal hati dan perihal merancang perkahwinan pada tahun ini tidak termaktub dalam takwim tahun 2015.
Fokusnya lebih kepada mengekalkan kejayaan yang telah diraihnya bermula dengan fenomena Rindu Awak 200% tahun lalu dan memperluaskan pengaruh dengan menceburi beberapa bidang lain.
“Kahwin? Rasanya bukan tahun ini kerana setiap kali persoalan itu dibangkitkan saya akan pening. Bukannya mudah untuk merancang sesebuah majlis perkahwinan dan atas dasar untuk tidak merumitkan fikiran saya, lebih baik majlis itu bukan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Zul juga menjelaskan, dia mempunyai banyak komitmen dan kerja lain yang perlu dilaksanakan pada tahun ini dan apabila sudah betul-betul bersedia barulah dia akan mengumumkan untuk berkahwin. “Lagipun, saya tidak mahu majlis itu (perkahwinan)diadakan secara besar-besaran,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan diri Nivea Cool Kick Triple Shield di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Adakah kemungkinan besar kenyataan itu dikeluarkan atas dasar kebimbangan terhadap saham dirinya yang sedang mencanak-canak kini, tegas pelakon filem Penanggal itu pilihan untuk berkahwin tidak didorong oleh faktor populariti semata-mata.
“Peminat sekarang bukan seperti dahulu, mereka menerima seseorang pelakon itu bukan berdasarkan status sama ada mereka telah berkahwin atau tidak. Ramai pelakon popular sekarang yang sudah berjaya tidak dinilai berdasarkan usia atau status, yang berjaya pun kebanyakannya sudah berkahwin dan mempunyai anak.
“Peminat tahu dengan siapa saya keluar dan mereka faham. Jadi tidak timbul sebarang isu berkaitan saham jatuh atau saya cuba lari daripada berkahwin,” jelas Zul.
Dalam perkembangan lain, Zul baru dilantik sebagai ikon personaliti untuk melaksanakan kempen media sosial untuk produk terbaharu Nivea Cool Kick Triple Shield. Selain Zul, pelakon Nazim Othman dan selebriti kesihatan Kevin Zahari turut dipilih dalam kempen yang sama dengan beberapa aktiviti yang telah disusun di beberapa buah universiti tempatan bermula Mac depan.
“Secara peribadinya saya mahu membabitkan diri dalam aktiviti yang melibatkan masyarakat dan kebajikan pada tahun ini kerana tahun lepas fokus saya tertumpu kepada kerjaya semata-mata. Saya memang seorang pengguna produk tersebut sejak zaman belajar lagi dan tidak salah untuk saya mempromosi produk yang saya pernah gunakan,” katanya.
WAJAH baharu Nivea Cool Kick-Triple Shield Challenge. Dari kiri: Nazim Othman, Zul Ariffin dan Kevin Zahari.
Zul juga memberitahu, dia menggunakan tahun 2015 untuk memberi sehabis baik komitmen memandangkan dia telah diterima baik pada tahun lalu.
Ditebak bagaimana jika perancangannya untuk terus mendaki karier pada tahun ini tidak kesampaian, Zul memberitahu, dia tidak gentar jika itu situasi yang perlu dihadapinya.
“Soal jatuh atau naik bukan penanda aras bagi saya kerana saya pernah bermula dari bawah dan untuk turun semula ke peringkat tersebut saya tiada masalah,” katanya yang sedang hangat dengan drama bersiri Istikharah Cinta bersama Faye Kushairi.
Zul yang turut dilantik sebagai ikon Festival Drama Kuala Lumpur tahun ini bakal memasuki set penggambaran drama adaptasi novel berjudul Mr. London Vs Mrs. Langkawi bergandingan dengan pelakon cantik Izara Aishah. Tambah pelakon yang berasal dari Taiping, Perak itu lagi, sehingga September depan jadual kerjaya sudah terisi dengan pelbagai tawaran drama dan telefilem.
Berada di ruang selesa sebagai pelakon yang paling berkesan untuk menjayakan watak romantik meletakkan Zul berada pada satu tahap statik. Mengulas mengenai zon selesa, Zul mengakui dia akan berusaha untuk lari daripada stereotaip yang dilabelkan sebagai pelakon yang tidak berkembang.
“Saya bermula menerusi watak bukan romantik dan kebanyakannya diberikan karakter jahat. Filem Bikers Kental dan Penanggal misalnya membuktikan saya bukan hanya pelakon yang hanya menerima karakter lelaki romantik semata-mata. Cuma, pada mulanya saya kurang mendapat tumpuan kerana saya masih pelakon baharu.
“Nasib saya baik apabila tumpuan itu mula datang kepada saya apabila berlakon dalam cerita romantik dan saya akui saya perlu lari daripada zon selesa ini.
“Bagaimanapun apabila waktu penggambaran mengambil masa terlalu panjang, saya susah untuk mengubahnya (romantik). Tambah pula peminat menggemari watak itu, walhal watak romantik merupakan perkara paling sukar untuk saya lakonkan,” akuinya yang bersyukur kerana diterima baik oleh peminat.
Pelakon kacak Zul Ariffin akui membuat persiapan perkahwinan adalah lebih rumit daripada berlakon filem mahupun drama.
Baginya pelbagai perkara perlu diambil kira agar majlis perkahwinan itu dapat berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan.
“Untuk mendirikan rumahtangga memang mencabar lebih-lebih lagi untuk membuat persiapan pernikahan mahupun majlis resepsi.”
“Bukan macam berlakon, bagi saya agak mudah kerana ia lebih teratur kerana sudah tertulis dalam skrip dan hanya mengikut jalan cerita yang telah di buat,” ujar Zul.
Zul yang ditemui media di Majlis Nivea Cool Kick Triple Shield di ibu negara masih lagi menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga cuma masa sahaja yang belum mengizinkan.
“Untuk tahun 2015 memang tiada ‘plan’ untuk berkahwin kerana saya masih fokus terhadap kerja saya iaitu berlakon, kalau sudah sampai serunya Inshaa Allah akan diberitahu kepada umum,” jawab Zul secara bersahaja.
Mengenai watak lakonan, Zul tidak pernah memilih mana-mana karekter malah dia turut bersyukur watak lelaki romantik telah melonjakkan namanya sehingga di luar jangkaan.
“Sebelum ini memang saya banyak lakonkan watak antagonis, komedi dan seram namun watak romantik itu antara yang memberi tuah kepada saya.
“Apa-apa pun saya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah diberi oleh-Nya dan berharap untuk tahun 2015 memberikan sinar yang lebih baik untuk karier saya,” katanya mengakhiri bicara.
Kenyataan keluar bukan kerana Zul Ariffin mahu berlagak atau mendabik dada dengan status beliau kini yang semakin popular dan diterima ramai kerana lakonan berkesan namun ianya satu kenyataan untuk menepis dakwaan lapuk yang beliau popular kerana kontroversi.
Pelakon berusia 28 tahun ini berkata sejak awal kemunculan beliau dalam dunia seni, beliau sering dilemparkan tuduhan popular kerana gosip liar selain menumpang populariti orang lain.
“Sekarang saya sudah buktikan bahawa saya seorang pelakon yang berkualiti. Saya ingin orang kenali saya kerana hal yang berkaitan dengan kerjaya dan bukannya kontroversi atau pun gosip liar. Saya sangat suka orang menghargai karier seni saya tapi kurang gemar untuk mendedahkan hal peribadi saya kepada umum,” ujarnya kepada Mangga Online.
Selepas mencipta nama menerusi drama bersiri Rindu Awak 200%, Zul Ariffin kini digandingkan bersama pelakon baru Faey Khusairy menerusi drama terbaru berjudul Istikharah Cinta yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.
Nama Zul Ariffin memang tidak perlu diperkenalkan lebih-lebih lagi selepas namanya meletup dengan drama Rindu Awak 200 Peratus yang baharu menamatkan siarannya, baru-baru ini.
Dan sejak itu, kerjaya seni Zul dilihat semakin memberangsangkan apabila dia sentiasa diburu pihak produksi untuk menjayakan naskhah seni mereka.
Terbaharu, difahamkan aktor itu kini sedang berada di Langkawi kerana terikat dengan komitmen kerja dan seperti biasa mungkin untuk menghilangkan sebentar tekanan kerja, Zul sempat berkunjung ke sebuah pusat hiburan yang terdapat di sana.
Yang menariknya, sekeping gambar Zul berpeluk mesra dengan seorang wanita ini pastinya mengundang cemburu di kalangan peminat setianya.
Kalau peminat sendiri rasa cemburu, macam mana la agaknya Gayatri rasa ya?