Sunday, February 15, 2015

Fahrin Ahmad Mahu Tunaikan Haji Selepas Kahwin

Tahniah kepada Fahrin Ahmad kerana bakal mengerjakan umrah buat kali ketujuh pada Mac nanti malah dalam masa yang sama turut memberitahu bahawa sudah memasang niat untuk mengerjakan haji selepas mendirikan rumah tangga kelak.
Fahrin Ahmad Mahu Tunaikan Haji Selepas Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fahrin ahmad

“Ramai juga yang bertanyakan kenapa saya tidak tunai haji terus. Sejujurnya saya berniat untuk tunai haji selepas kahwin tetapi bila nak kahwin tu, saya tidak tahu lagi”

“Memang saya ada usaha untuk mencari, tapi diusia saya 36 tahun ini, saya dah tiada masa untuk pergi keluar dating”

“Kalau boleh perkenalan itu hanyalah dalam masa yang singkat dan terus kahwin. Bagi saya dating dan proses perkenalan itu sangat membazir masa dan mengarut,” katanya yang juga kini sibuk dengan penggambaran dan serta jemputan ke majlis-majlis korporat.

Fahrin menambah, buat ketika ini dia lebih selesa bergerak sendiri kerana perkara tersebut memudahkan serta memberikan kelebihan untuk individu lain berurusan terus dengannya.

Sumber : rotikaya.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →