Sunday, February 15, 2015

Syatilla Sesuai Dijadikan Calon Isteri – Shaheizy Sam

Teka-teki mengenai siapakah gadis bertuah yang berjaya memikat hati aktor Shaheizy Sam akhirnya telah terjawab. Walaupun pernah dikaitkan bercinta sebelum ini, hubungan di antara Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin nampaknya kembali hangat diperkatakan.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Pengakuan terbaru daripada Shaheizy Sam ini pastinya menjawab dakwaan Fazura yang mendedahkan dirinya dan Shaheizy Sam bercinta ketika menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Bercakap kepada media, Shaheizy Sam mengakui bahawa Syatilla adalah teman wanita paling rapat dalam hidupnya kini setelah lima tahun mengenali antara satu sama lain.

Tambah Shahezy Sam lagi dia selesa berkawan dengan aktress tersebut dan mengakui Syatilla mempunyai kriteria untuk dijadikan calon isteri. Tidak mahu terburu-buru, Shaheizy Sam bagaimanapun memilih untuk mendalami hati budi wanita berkenaan terlebih dahulu.

    “Sebab dalam soal mencari jodoh, saya perlu mendalami hati budi wanita berkenaan dan perlu tahu sama ada dia benar-benar ikhlas berkawan atau sebaliknya.

    “Saya turut menitikberatkan tentang keserasian dan hubungan baik antara keluarga kedua-dua belah pihak.

    Saya tahu fizikal seseorang itu tidak boleh dijadikan pengukur untuk menentukan keindahan hati budinya. Buat apa kalau wanita itu cantik tetapi tidak pandai mengambil hati saya dan keluarga.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Dakwaan Fazura yang mengatakan dirinya bercinta dengan Shaheizy Sam ketika penggambaran filem Manisnya Cinta Di Cappadocia nampaknya tidak disenangi Syatilla. Ini dibuktikan melalui status di laman Twitter Syatilla.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,
info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Syatilla, Shaheizy sam, fazura,

Apa-apa pun kita tunggu kenyataan daripada Syatilla sendiri berhubung status twitternya ini. Jika benar Syatilla sedang menjalin cinta dengan Shaheizy Sam, girlfiriend mana tak bengang bila tiba-tiba ada perempuan lain mengaku bercinta dengan kekasih hati sendiri. Mesti panas kan?

Sumber : ohbulan.com

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →