Sunday, February 8, 2015

Johan As'ari akui bercinta dengan Puteri Najwa?

Pelakon popular Johan As'ari mengakui 'bercinta' dengan aktres jelita Puteri Najwa semata-mata untuk menjiwai watak untuk menjayakan drama bersiri "Waris Kasih".


Johan As'ari akui bercinta dengan Puteri Najwa?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Johan As;ari, Puteri Najwa

"Sebagai seorang pelakon, 'cinta lokasi' itu perlu ada dalam memberikan komitmen kepada watak yang dijayakan bersama heroin sesebuah drama atau pun filem.

"Saya akui wujud hubungan itu dengan Puteri Najwa tetapi ia sekadar untuk kami mendapatkan keserasian dalam mendalami watak yang diamanahkan," katanya yang dipetik dari mStar.


Johan As'ari akui bercinta dengan Puteri Najwa?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Johan As;ari, Puteri Najwa

Tambah Johan, 29, lagi, hubungannya dengan aktres itu tampak rapat mungkin kerana hanya mereka berdua sahaja terlibat ketika penggambaran diadakan di Sungai Lembing, Kuantan Pahang.

"Kami rapat sebabt tiada pelakon lain ketika penggambaran di sana kerana banyak babak hanya melibatkan kami sahaja. Itu pun Puteri Najwa tidak berada lama di Sungai Lembing.

"Mungkin apa yang orang lain lihat cuma tanggapan mereka sahaja wahal tiada apa-apa berlaku diantara kami."


Johan As'ari akui bercinta dengan Puteri Najwa?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Johan As;ari, Puteri Najwa

Dalam pada itu, Johan turut menegaskan bahawa dia kini tidak memikirkan soal cinta kerana mahu memberi perhatian pada kerjaya lakonannya.

"Banyak pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman lalu dan saya sekarang tidak mempunyai teman istimewa dengan mana-mana wanita termasuk Puteri Najwa.

"Selepas selesai penggamabran "Waris Kasih" kami juga tidak ada berjumpa."

Drama terbitan Temenggong Pictures Sdn Bhd itu bakal bersiaran menerusi slot Azalea di TV3 tidak lama lagi.

Sumber : tupai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →