Sunday, February 8, 2015

Tasha Shilla Antara 10 Wanita Diburu Polis Disyaki ‘Escort Girl’?

Pelakon wanita Tasha Shilla nyata terkejut dan kecewa dengan tuduhan melulu yang dibuat segelintir pihak yang mengatakan dia adalah antara 10 wanita tempatan yang disyaki terlibat dengan gadis peneman atau ‘Escort Girl’


Tasha Shilla Antara 10 Wanita Diburu Polis Disyaki ‘Escort Girl’?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Tasha Shila

Ia susulan keratan akhbar daripada Harian Metro bulan lalu yang mengatakan pihak polis sedang memerhati pergerakan 10 gadis selebriti yang dikatakan menerima bayaran RM3,000 hingga RM10,000 untuk menjadi Escort Girl kepada VVIP.

Wowww!! Banyaknya… Tak tahulah nak komen apa, tapi Tasha telah menjawab persoalan itu ketika ditemuramah oleh wartawan Melodi yang telah disiarkan pada Ahad lepas.

Dalam temubual itu, Tasha dengan tegas kalau ia mencemarkan namanya, dia akan mengunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan segala-galanya.

Dia juga mohon kepada semua tolong henti-hentikan tabur fitnah terhadap dirinya kerana ia boleh mendatangkan dosa kering kepada mereka.

Entahlah Tasha, bak kata orang kalau tiada angin takkan pokok boleh bergoyang, tapi dalam temubual itu, Tasha jawab pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan.

Mendalam sungguh maksudnya itu, apa-apa pun diharap lepas ni Tasha kena lebih berhati-hati. Segala pergerakan selaku seorang selebriti ini amat mudah dikesan, almaklumlah muka selalu kuar TV.

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →