Sunday, February 8, 2015

Misha Omar Mahu Lahir Album Dulu Sebelum Lahirkan Anak

Penyanyi dan juga pelakon Misha Omar akui ingin lahirkan album baru dahulu sebelum memikirkan soal anak yang menjadi soalan ‘favourite’ kepada pasangan berkahwin.


Misha Omar Mahu Lahir Album Dulu Sebelum Lahirkan Anak, info, terkini, hiburan, sensasi, Misha Omar

Namun dia terpaksa menunggu dengan redha berkenaan dengan album baru  kerana keputusan itu hanya terletak di tangan di label rakamannya iaitu Sony Music.

“Apa-apa pun saya kena penuhi impian saya dulu iaitu hasilkan album baru, kena langsaikan hutang saya kepada peminat yang sering kali tanya saya bila nak ada album baru.

“Dengan keadaan sekarang saya sudah pindah rumah, segala urusan rumahtangga saya kena buat sendiri berbanding dengan sebelumnya yang sering dibantu oleh kakak saya Mimi.

Soal anak itu tidak boleh difikirkan lagi untuk buat masa sekarang, kalau saya hamil kemungkinan album baru saya akan tertangguh lagi ” ujar Misha.

Misha Omar yang ditemui wartawan di Majlis Prebiu Teater Diari Wanita di Istana Budaya turut akui tanggungjawab sebagai seorang isteri semakin berat dan perlu dilakukan dengan sebaiknya.

“Dulu ada Mimi memang dia banyak tolong tetapi sekarang ni, semua benda saya kena buat daripada hantar anak ke sekolah, memasak, mengemas sampailah menghantar suami ke tempat kerja pun saya buat sendiri.

“Suami saya juga akan ‘fly’ lebih kurang 4 hingga 5 hari kadang-kadang ada masa 48 jam sahaja kat rumah, kalau dia balik saya faham dia perlukan rehat dan rasa masakan saya. Saya pun tak sangka saya sudah pandai memasak berbanding saya masih bujang,”  kata Misha sambil ketawa.

Dalam pada itu, disebabkan Insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines, hubungan Misha dan suami lebih akrab dan kasih sayang mereka terus menebal.

“Kadang-kadang tu saya rasa bimbang juga mengenai keselamatan suami tetapi demi tanggungjawab terhadap kerjayanya, saya hanya mampu berdoa agar semuanya selamat,” tambah Misha.

Selain Misha Omar, antara pelakon yang membintangi Teater Diari Wanita arahan Rosminah Tahir ialah Sherry Alhadad, Amy Mastura, Nad Zainal dan Juhara Ayob yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 11 hingga 16 Februari depan.

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →