Showing posts with label tasha Shila. Show all posts
Showing posts with label tasha Shila. Show all posts

Sunday, February 8, 2015

Tasha Shilla Antara 10 Wanita Diburu Polis Disyaki ‘Escort Girl’?

Pelakon wanita Tasha Shilla nyata terkejut dan kecewa dengan tuduhan melulu yang dibuat segelintir pihak yang mengatakan dia adalah antara 10 wanita tempatan yang disyaki terlibat dengan gadis peneman atau ‘Escort Girl’


Tasha Shilla Antara 10 Wanita Diburu Polis Disyaki ‘Escort Girl’?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Tasha Shila

Ia susulan keratan akhbar daripada Harian Metro bulan lalu yang mengatakan pihak polis sedang memerhati pergerakan 10 gadis selebriti yang dikatakan menerima bayaran RM3,000 hingga RM10,000 untuk menjadi Escort Girl kepada VVIP.

Wowww!! Banyaknya… Tak tahulah nak komen apa, tapi Tasha telah menjawab persoalan itu ketika ditemuramah oleh wartawan Melodi yang telah disiarkan pada Ahad lepas.

Dalam temubual itu, Tasha dengan tegas kalau ia mencemarkan namanya, dia akan mengunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan segala-galanya.

Dia juga mohon kepada semua tolong henti-hentikan tabur fitnah terhadap dirinya kerana ia boleh mendatangkan dosa kering kepada mereka.

Entahlah Tasha, bak kata orang kalau tiada angin takkan pokok boleh bergoyang, tapi dalam temubual itu, Tasha jawab pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan.

Mendalam sungguh maksudnya itu, apa-apa pun diharap lepas ni Tasha kena lebih berhati-hati. Segala pergerakan selaku seorang selebriti ini amat mudah dikesan, almaklumlah muka selalu kuar TV.

Sumber : murai.com.my

Friday, September 19, 2014

Komen Tasha Dakwaan Dia Buat Projek Dalam Bilik Air

Boleh tahan 'panas' dakwaan kru produksi yang mengatakan pelakon Tasha Shila membuat perkara sumbang dengan kekasihnya, Han, sewaktu penggambaran sebuah drama bersiri di dalam bilik air, baru-baru ini.

Tasha Sangkal Dakwaan Dia Buat Projek Dalam Bilik Air, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, Tasha Shila, sensasi

Kelakuan itu dikatakan mengundang rasa rimas dan menggambarkan pasangan tersebut tidak sensitif dengan persekitaran.
Namun, Tasha menyangkal dakwaan itu menerusi Harian Metro. Menurut Tasha, ini bukan kali pertama dia dilemparkan tuduhan sedemikian rupa.

“Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!.

“Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja? Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan,” kata Tasha.

Selain itu, Tasha juga meluahkan rasa kesalnya terhadap fitnah itu kerana baginya, kru produksi drama berkenaan bagaikan sebuah keluarga baginya.

Tak tahu lah siapa yang berkata benar... Rasanya, inilah salah satu fungsi perkahwinan, untuk mengelakkan fitnah seperti ini.


Sumber : SiakapKeli.com