Wednesday, February 4, 2015

Perkembangan Terkini Mazidul Akmal Sidik Yang Mengejutkan

Blogger dan wartawan terkenal, Mazidul Akmal Sidik telah diserang strok pada Jun 2014 sehingga membuatkan kerjayanya terpaksa dihentikan buat sementara.


Perkembangan Terkini Mazidul Akmal Sidik Yang Mengejutkan, info, terkini, wartawan, blogger, mazidul akmal sidik,

Terkini, salah seorang rakan kepada Mazidul Akmal Sidik telah dilaporkan semakin pulih menerusi akaun Facebook peribadinya.

Mazidul yang berpakaian baju Melayu berwarna hijau lumut, bersongkok ketika menghadiri majlis perkahwinan adik iparnya di Petaling Jaya baru-baru ini dilaporkan sihat.

“Kami tetap bersama dan kekal utuh..qadaq dan qadar harus diterima..

Ujian Allah harus dihadapi dengan keimanan yang kuat.Terima kasih sahabat yang banyak mendoakan sahabat saya Mazidul Akmal”, kata rakannya.

Isteri kepada wartawan itu, Fazlin tidak pernah berputus asa dalam membantu memulihkan suaminya kerana dia yakin Mazidul akan pulih seperti sedia kala.

Walaupun masih menggunakan kerusi roda tetapi perkembangan itu adalah jauh lebih baik daripada sebelum ini yang hanya mampu terbaring di atas katil.

“Jika sebelum ini lihat dia baring atas katil, tapi alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha semua, kini keadaannya jauh lebih baik apabila sudah mampu mengerakkan anggota badannya, bangun dan duduk bagaimanapun pergerakannya masih agak terbatas.

“Saya bersyukur melihat perkembangan kesihatannya dan amat yakin dia akan pulih dan kembali menjalani kehidupan normal tidak lama lagi,” katanya.

Sumber : katakcomel.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →