Wednesday, February 4, 2015

Status Amaran Zizan Razak Ditujukan Kepada Fazura?

Menjelangnya pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang akan berlangsung pada hari Jumaat, tapi tengok keadaan makin panas.


Status Amaran Zizan Razak Ditujukan Kepada Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura, MLM2014

Bukan para finalis yang terdiri daripada Bocey, Shiro, Nabil, Sepahtu dan Zero sahaja berada dalam keadaan tertekan memikirkan idea untuk dipersembahkan di peringkat akhir, cerita orang yang dah tersingkir pun turut panas nampaknya.

Sebelum ini,  yakin yang umum mengetahui bahawa salah seorang anggota kumpulan Virus, Zizan Razak pernah ditegur oleh juri MLM 2014, Fazura ekoran sikapnya yang mencelah ketika juri memberikan komen. Isu itu kemudiannya menjadi topik hangat di sebahagian media sosial.

Ada yang backup Zizan dan tidak kurang juga yang mengkritik Zizan ekoran prestasi hambarnya bersama Virus.


Status Amaran Zizan Razak Ditujukan Kepada Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura, MLM2014


Terbaru, hari ini tengok di laman sosial milik pelawak itu, Zizan telah memuatnaik sebuah foto yang mempamerkan dirinya bersama kawan baik, Johan disamping kapsyen yang boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.


Status Amaran Zizan Razak Ditujukan Kepada Fazura?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura, MLM2014

Kapsyen berbentuk amaran itu berbunyi, “Bila kau tiada bakat..bakat orang jangan sekat.. #JOZAN #JOHAN #ZIZAN”

Tindakan Zizan itu menimbulkan persoalan kepada siapakah ayat itu ditujukan?

Menerusi komen-komen pengikut, ianya ditujukan kepada Fazura sendiri. Sama ada benar atau tidak, hanya Zizan sendiri yang mengetahuinya.

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →