Wednesday, March 4, 2015

Ayda Jebat Dituduh Perampas

Pelakon Ayda Jebat nafi dia menjadi punca hubungan cinta orang lain putus, malah dia belum terfikir untuk bercinta kerana kerjayanya baru saja bermula.


Ayda Jebat Dituduh Perampas, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ayda jebat

Saya peramah dan kepada mereka yang tidak kenal saya dengan rapat, mereka kata saya ‘over’ dan mengada-ngada.

Barangkali kerana sikap itu orang senang dengan saya.

Kenapa saya nak halang jika mereka nak berkawan dengan saya? Namun saya bukan perampas atau ingin menggoda suami atau kekasih orang.

Belum masa untuk saya bercinta kerana kerjaya saya baru bermula.

Kepada wanita di luar sana termasuk rakan artis, jangan bimbang, saya bukan pengacau jauh sekali untuk mengganggu hubungan cinta mereka.

Ada banyak lagi cita-cita saya belum tercapai.

Walaupun Anugerah MeleTop Era 2015 (AME2015) lebih seminggu berlalu tetapi kepada mereka yang menang pasti bahang kemenangan terus dirasai sehingga kini.

Pelakon baru berbakat Ayda Jebat, 22, yang tidak sangka akan memenangi Anugerah Bintang Baru MeleTOP dan Anugerah Utama iaitu Top Top MeleTOP menafikan dia mula lupa diri dan ‘demand’.

Sikap peramahnya juga disalah anggap sehingga dia dilabel sebagai ‘pengacau’ kebahagiaan orang lain.

Ayda menafikan segalanya kerana kehadirannya dalam industri hiburan tanah air adalah kerana minat serta mencari rezeki untuk dirinya dan keluarga. Ikuti luahan Ayda kepada wartawan RAP, Nor Akmar Samudin.

RAP: Apabila sudah menang, ramai pula yang tidak puas hati.

AYDA JEBAT: Saya sendiri tak sangka boleh menang kerana saya masih baru dalam industri hiburan.

Ketika saya melangkah kaki ke AME2015 terdetik di hati, ‘kalau ada rezeki, menang, kalau tak ada pun, tidak mengapa’.

Alhamdulillah saya menang dua kategori yang pada saya kemenangan itu adalah usaha kelab peminat saya, Ayda Jebat Screamer (AJScreamer).

Menjelang malam kemuncak AME2015, mereka memuat naik poster saya dalam Instagram ahli seramai 21,000 setiap hari.

Apabila anda buka saja ahli AJScreamer, pasti ada saja poster baru yang dimuat naik termasuk poster saya bersama Zul Ariffin. Cara mereka bekerja sangat sistematik.

Apabila berakhirnya AME2015, mereka muat naik pula poster drama lakonan saya setiap hari sehingga nama saya jadi ‘trending’. Jutaan terima kasih kepada AJScreamer di atas kerja keras mereka untuk melihat saya menang.

RAP: Apa cara anda membalas budi baik peminat?

AYDA: Dalam setiap lakonan, saya akan memberikan yang terbaik sebagai membalas budi baik mereka. Kalau setakat nak belanja makan, bila-bila pun boleh.

Hebatnya sokongan mereka terhadap saya apabila setiap masa mereka akan bertanyakan perkembangan terbaru saya.

Ada juga terdengar kononnya saya mengundi diri sendiri. Perkara seperti itu sama sekali tidak akan saya lakukan. Saya mahu berlaku adil terhadap diri sendiri dan rakan artis lain. Apa ertinya kemenangan itu jika kita mengundi diri sendiri?

Saya juga bukan jenis bodek produser kerana mereka lebih bijak menilai lakonan siapa yang bagus dan siapa artis yang diminati ramai. Saya mahu jadi orang terkenal dan popular bukan dengan cara yang ‘kotor’, biarlah peminat tentukan siapa artis pujaan mereka.

RAP: Kesan daripada populariti dan kemenangan yang diterima?

AYDA: Watak saya dalam drama bersiri Rindu Awak 200% tidak sukar sangat, namun syukur ia memberi impak besar kepada kerjaya saya.

Itulah yang dinamakan rezeki. Apabila dah menang anugerah ini, ada yang mula bertanya kenapa saya ambil watak itu dan ini. Jawapannya mudah kerana saya mesti cuba perkara baru dan watak baru.

Misalnya dalam drama terbaru lakonan saya berjudul Isteri Separuh Masa, saya diberi watak pembantu di samping watak utamanya dilakonkan Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong.

Saya diberi watak jahat di mana sepatutnya watak saya berkahwin dengan Aiman. Namun Aiman terpaksa berkahwin dengan Emma Maembong atas permintaan neneknya.

Saya mengganggu rumah tangga mereka namun watak jahat saya dipastikan tidak klise. Apa yang penting bagaimana saya perlu memberi jiwa kepada watak itu.

RAP: Selepas popular, sikap anda mula diperkatakan orang. Boleh jelaskan cara anda menanganinya?

AYDA: Walaupun saya masih muda tetapi saya boleh berfikir dan bertindak dengan rasional serta matang.

Semakin ramai menyukai kita, sebanyak itu juga orang lain membenci kita. Itu memang adat dunia. Pemimpin dunia pun ramai yang dibenci, inikan pula saya yang entah siapa.

Ada yang terus mempertikaikan kemenangan saya. Biarlah, saya tidak pernah berdendam dengan sesiapa.

Kepada yang suka bercakap mengikut emosi, pedulikan mereka dan saya tidak mahu ambil tahu kerana saya tidak sakit hati.

Mereka tidak tahu betapa susahnya saya untuk berjaya dan apabila ia sudah berada dalam genggaman, saya akan pegang kepercayaan peminat itu dengan kemas.

RAP: Terkini, anda dikatakan cuba memecah-belahkan cinta sesama rakan artis.

AYDA: Saya peramah dan kepada mereka yang tidak kenal saya dengan rapat, mereka kata saya ‘over’ dan mengada-ngada.

Barangkali kerana sikap itu orang senang dengan saya.

Kenapa saya nak halang jika mereka nak berkawan dengan saya? Namun, saya bukan perampas atau ingin menggoda suami atau kekasih orang.

Belum masa untuk saya bercinta kerana kerjaya saya baru bermula.

Kepada wanita di luar sana termasuk rakan artis, jangan bimbang, saya bukan pengacau jauh sekali untuk mengganggu hubungan cinta mereka.

Ada banyak lagi cita-cita saya belum tercapai.

RAP: Anda kalis gosip?

AYDA: Artis tidak boleh ‘lari’ daripada gosip dan kontroversi. Banyak benda yang saya dengar pasal saya.

Saya menjadi pelakon kerana mahu mengembangkan bakat dan mencari rezeki. Bukan sebab lain dan kekuatan saya datang daripada sokongan keluarga, kawan-kawan dan peminat.
 

Sumber : hmetro.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →