Wednesday, March 4, 2015

Kenapa Hafiz Suip Jadi Duta Produk Kecantikan Wanita?

Selepas penyanyi Hafiz Suip selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nureffy Jasreel Abdullah, 22, minggu lalu, rezeki juara Akademi Fantasia ini bertambah murah apabila diangkat menjadi duta produk produk kecantikan baru-baru ini.


Kenapa Hafiz Suip Jadi Duta Produk Kecantikan Wanita?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hafiz suip

Namun begitu, seperti semua sedia maklum, Sophie Secret sendiri menghasilkan produk kecantikan yang  lebih sinonim dengan wanita.

 Jika dilihat produk lain seumpamanya, selebriti wanita yang menjadi pilihan produk-produk di pasaran untuk dilantik sebagai jurucakap dan Sophie Secret sebaliknya memilih penyanyi lagu Ku Akui ini mewakili produk mereka, apakah relevannya disebalik keputusan ini?

Menurut pemilik Sophie Secret, Sharifah Sophie, perlantikan Hafiz sebagai jurucakap merupakan inisiatif syarikatnya untuk lari daripada nilai komersil sebaliknya menitikberatkan keberkesanan produk itu sendiri.

“Hafiz Suip dilihat sebagai seorang selebriti generasi muda yang sedang meningkat naik, lantas memiliki jadual seni yang padat. Jadi pihak Sophie Secret berpendapat pemilihan Hafiz sebagai duta merupakan pilihan tepat.

“Ini kerana pengambilan produk Sophie Secret secaran konsisten dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan dan membantu membaik pulih sel-sel tubuh dari dalam,”ujar pemilik produk kecantikan Sharifah Sophie.

Malah, keputusan tersebut bukanlah dibuat membuta tuli tetapi Sophie Secret telah terlebih dahulu menjadikan Hafiz sebagai testimoninya terlebih dulu sebelum mengangkat penyanyi itu untuk mewakili produknya.

Sempat berseloroh Puan Sophie berkata, dia ingin produknya lari daripada kelaziman produk sedia ada di pasaran iaitu diwakili oleh jurucakap wanita yang diketahui sememangnya cantik dan memiliki kulit mulus.

Mendapatkan penjelasan empunya badan, Hafiz berkata produk yang mula dipasarkan pada 2012 itu mampu memberikan tenaga yang diperlukannya sepanjang hari. Hafiz mewakili dua produk keluarannya, iaitu Sophie Stem Cell dan Sophie Shape dan mengakui mendapat pelbagai faedah dan kelebihan selepas menggunakannya.

“Saya diberikan produk ini oleh pengasasnya untuk dicuba. Alhamdulillah, produk tersebut memberikan kesan baik terhadap saya yang mana saya menjadi lebih cergas dan energetik,” kata Hafiz.

Sumber : murai.com.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →