Tuesday, March 17, 2015

Qi Razali dan Nelydia Senrose bakal bertunang

Selepas hubungan percintaan selama dua tahun, Qushairi Mohammed Razali atau lebih dikenali sebagai Qi akhirnya bakal mengikat tali pertunangannya dengan kekasihnya, Nelydia Senrose.


Qi Razali dan Nelydia Senrose bakal bertunang, info, terkini, hiburan, sensasi, qi razali, nelydia senrose

Pelakon dan pengacara terkenal yang berusia 38 tahun ini telah memberitahu bahawa dia tidak mahu berlengah-lengah lagi.

“Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia,” kata Qi yang dipetik daipada Murai.

“Kami berdua memang belum puas lagi mengejar cita-cita tetapi diharapkan dengan ikatan pertunangan akan menjadi titik tolak kepada perancangan untuk kehidupan berumahtangga yang kalau boleh tak mahu dilengahkan lagi.

“Keputusan ini memang telah saya dan Nelydia bincangkan dan diharapkan selepas bergelar tunang dapat mengurangkan cerita yang kurang enak mengaitkan Nelydia dan pihak tertentu.”

Qi Razali mula berkenalan dengan Nelydia Senrose semenjak mereka berlakon bersama dalam drama bersiri "Friday I’m In Love" pada tahun 2012 di TV9.


Sumber : tupai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →