Tuesday, March 17, 2015

Sheila Majid bakal buat persembahan di Los Angeles

Bersempena dengan 30 tahun penglibatan di dalam bidang hiburan, Ratu Jazz Malaysia Datuk Sheila Majid bakal mengadakan persembahan secara langsung di Los Angeles, California, pada bulan Mei akan datang!


Sheila Majid bakal buat persembahan di Los Angeles, info, terkini, hiburan, sensasi, sheila majid

Persembahannya akan ditaja oleh syarikat korporat daripada Indonesia dan akan diadakan di The Commerce Hotel & Casino pada 2 Mei 2015, jam 8 malam.


Sheila Majid bakal buat persembahan di Los Angeles, info, terkini, hiburan, sensasi, sheila majid

Penyanyi yang berumur 50 tahun dan berketurunan Mandailing-Jawa ini telah berjaya menaikkan namanya di peringkat antarabangsa apabila beliau dijemput untuk membuat persembahan di Festival Muzik Tokyo pada tahun 1989.


Sheila Majid bakal buat persembahan di Los Angeles, info, terkini, hiburan, sensasi, sheila majid

 Selepas itu, Datuk Sheila Majid terus mengembangkan kerjayanya ke negara-negara lain seperti Indonesia, Singapura serta London dan kini beliau akan membawa muziknya ke Amerika Syarikat.


Sheila Majid bakal buat persembahan di Los Angeles, info, terkini, hiburan, sensasi, sheila majid

Tiket untuk konsert Sheila Majid boleh dibeli mulai hari ini pada harga USD68, USD98 dan USD158 menerusi Nor Sharif (562-305-3623) atau Rina Faisal (909-319-5759).


Untuk maklumat lanjut, layarilah Inspire Nusa ataupun laman Facebook Inspire Nusa.

Sumber : tupai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →