Saturday, June 27, 2015

Dakwaan Gambar Separuh Bogel: Tasha Shilla S erah Kepada Polis

Aktres Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Shiela Razak terus mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen berkenaan dengan kontroversi gambar seorang wanita separuh bogel yang didakwa miliknya. Tasha berdiam diri kerana dia risaukan kenyataan yang diberikan bakal dimanipulasikan oleh sesetengah pihak.


Dakwaan Gambar Separuh Bogel: Tasha Shilla S erah Kepada Polis

"Selepas membuat laporan pada 9 Jun lalu. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk melakukan tindakan selanjutnya. Saya enggan beri sebarang ulasan kerana ini telah menjadi kes polis dan pihak bertanggungjawab akan melakukan siasatan. Saya tidak akan beritahu butir-butir mengenai laporan tersebut," kata Tasha yang ditemui semalam usai Majlis Berbuka Puasa AirAsia di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Tasha juga enggan bercerita mengenai perkara tersebut kepada umum kerana menganggap itu adalah perkara peribadi dan hanya mahu menyimpan cerita itu kepada dirinya sendiri.
"Biarlah apa pun pandangan orang mengenai kontroversi berkenaan. Seperti kata pepatah, tak hidup dek puji, tak mati dek keji, saya tak dapat puaskan hati semua pihak. Terpulanglah orang mahu kata apa pun," kata Tasha sambil turut merakamankan sesi temubual antara dirinya dan pihak media untuk simpanannya.

Merasakan apa yang terjadi merupakan ujian buat dirinya, Tasha mengakui dia berasa kecewa tetapi ianya tidak meruntuhkan semangat Tasha.
"Saya kecewa dengan perkara ini. Sepertinya mahu menjatuhkan maruah saya sebagai wanita. Ini ujian buat saya dan apa pun yang terjadi, saya hanya berserah dan terima semua dengan redha," katanya mengakhiri perbualan.- murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →