Saturday, June 27, 2015

Marsha Milan Londoh Tegaskan Berpuasa Penuh Bukan Kerana Kekasih

Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londo,30,  menegaskan dia berpuasa di bulan Ramadan bukan kerana dipaksa oleh kekasihnya yang merupakan seorang lelaki muslim berusia 28 tahun.


Marsha Milan Londoh Tegaskan Berpuasa Penuh Bukan Kerana Kekasih

Sebaliknya Marsha menegaskan dia sudah mula berpuasa sejak 4 tahun lalu di bulan Ramadan demi menghormati rakan-rakan yang beragama Islam yang sentiasa bersamanya.
“Sebenanrya saya sudah lama mula berpuasa di bulan Ramadan. Iaitu sejak saya berhijrah di semenanjung dan kawan saya terdiri daripada orang Islam.

“Selain mahu menghormati rakan-rakan saya yang beragama Islam, saya suka hendak berpuasa mengikut cara umat Islam lain kerana mahu menurunkan berat badan.

“Ianya tiada kaitan denga kekasih kerana saya kenal dan berkawan dengan dia baru 2 tahun,” katanya kepada murai.com.my

Apabila ditanya sejauh mana dia mendalami agama Islam sejak empat tahun lalu, Marsha memberitahu dia belum lagi terfikir untuk menukar agama Kristian yang dianutnya.
“Saya rasa isu agama adalah siu yang sensitif. Memang saya ada belajar tentang agama Islam tetapi itu hanya sebahgaian dan secara general sahaja.

“Buat masa ini saya belum fikir untuk menukar agama,” jelasnya lagi.-murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →