Friday, June 19, 2015

Gambar Mesra Laga Pipi, Nad Zainal Padam Tebus Kesalahan

Kerana merasakan tidak adil untuk rakannya juga dihukum dan dilemparkan komen-komen negatif, Nad Zainal, 25, telah bertindak memadamkan foto mesra seolah berlaga pipi diantara dirinya dan jejaka tersebut di Instagram.


Gambar Mesra Laga Pipi, Nad Zainal Padam Tebus Kesalahan

Kesilapan Nad dengan memuatnaik gambar mesranya bersama seorang lelaki baru-baru ini ditebus dengan memadamkan entri tersebut supaya komen negatif oleh pengguna laman sosial yang dilemparkan terhadap jejaka berkenaan dapat dihentikan.

Nad menjelaskan lelaki itu bukan kekasihnya sebaliknya kawan lama yang juga merupakan kenalan kepada Sherry Al-Hadad yang mula dikenali ketika menuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebelum ini.

Menurutnya, dia dan teman lamannya itu bertemu semula sejak beberapa bulan lalu selepas agak lama tidak berhubung.

"Dia tahu yang saya muat naik gambar itu dan saya akui itu kesilapan apabila memuat naik gambar itu dan tidak sangka ia undang banyak komen negatif sehingga saya rasa bersalah dan kasihan kan dia.

“Walaupun dia beritahu yang dia okay, tetapi mungkin dia berkata begitu sebab mahu jaga hati saya. Saya tidak mahu dia berterusan terima kritikan sekaligus tak mahu jejaskan persahabatan kami.

"Jadi, jalan terbaik elok saya padamkan saja gambar itu dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati," katanya ketika ditemui pada program Santai Lebaran Fiesta 2015 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam

Dalam pada itu, Nad menyatakan buat masa ini dia tidak mahu bercerita lebih akan hubungannya dengan lelaki yang merupakan seorang kru di belakang tabir produksi itu kerana mereka hanya bersahabat.

"Saya tak boleh nak cakap apa-apa buat masa ini sebab kami hanya berkawan. Lagipun takut tak jadi. Agak lama kami tidak berjumpa tetapi beberapa bulan lalu kami berjumpa semula," katanya yang akan memenuhi wakt terluang dibulan Ramadan dengan berniaga. - murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →