Wednesday, June 24, 2015

Harith Iskander Berang Selepas Gambar Anaknya Dimuatnaik Ke Laman Web Lucah

Pelawak Harith Iskander dikatakan berang dengan tindakan satu laman web lucah yang memuatnaik gambar anaknya ke laman web berkenaan.

Harith Iskander Berang Selepas Gambar Anaknya Dimuatnaik Ke Laman Web Lucah

Gambar anak beliau yang berusia tiga tahun dan beberapa orang kanak-kanak lain telah disiarkan di sebuah laman web pornografi kanak-kanak yang dipercayai dari Malaysia.

"Google Alert membawa perhatian saya kepada gambar-gambar anak saya (dan saya sedang memangku anak saya) berserta gambar kanak-kanak lain yang muncul dalam sebuah laman web tempatan berserta imej grafik lucah," kata Harith melalui Facebooknya.

Berdasarkan teks yang ditulis dalam web berkenaan yang berbahasa Melayu dan Inggeris menguatkan tanggapannya bahawa web berkenaan sememangnya dari Malaysia apabila di dalamnya terdapat kapsyen berbunyi "Gambar Anak Harith Iskander".

"Kedua-dua adalah menjijikkan dan sangat membimbangkan dan semestinya saya dalam proses menghubungi SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) untuk mengetahui apa tindakan yang boleh diambil," katanya.

Selain gambar anak Harith juga terdapat gambar anak Erra Fazira dan Engku Aleesya di dalam laman web tersebut. - Siakapkeli.my

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →