Wednesday, June 24, 2015

'Tiada Nama' Sukarkan Sofi Jikan Pikat Pelakon Filem 'Gangsterock'

Pelakon dan pengarah Sofi Jikan menjelaskan agak sukar baginya untuk meyakinkan pelakon utama menerima tawaran dalam filem pertama arahannya iaitu Gangsterock yang diterbitkan oleh YKS Film Maker.


Pelakon dan pengarah Sofi Jikan menjelaskan agak sukar baginya untuk meyakinkan pelakon utama menerima tawaran dalam filem pertama arahannya iaitu Gangsterock yang diterbitkan oleh YKS Film Maker.


Sofi atau nama sebenarnya Muhammad Soffi Jikan, 45, berkata, dia terpaksa berjumpa mereka beberapa kali untuk memujuk agar menerima tawaran tersebut.

"Alhamdulillah akhirnya saya juga pelakon yang saya senaraikan senaraikan dalam filem ini iaitu Izara Aishah, Sharifah Amani, Aqasha dan Saiful Apek.

"Salah satu cabaran untuk mendapatkan mereka apabila saya terpaksa berkali-kali pujuk dan jumpa mereka agar terima tawaran itu. Izara pun pada asalnya menolak dengan alasan ada tawaran telefilem dan sebagainya.

"Saya faham mereka kebanyakkannya mahu berlakon dengan pengarah yang terbaik, nama besar dan yang ada seni dalam karya. Saya tiada semua itu," ujarnya ketika ditemui pada sidang media Gangsterock, di The Beulovart Office, di sini, Rabu.

Serina dan Sofi Jikan

Sofi berkata, disebabkan perkara itu juga dia terpaksa menunggu lebih tiga tahun untuk mereka memberi persetujuan.

Bagaimanapun, dia lega apabila filem tersebut berjaya menjalani penggambaran selama hampir sebulan dengan komitmen yang tinggi daripada pelakon.

"Apabila majoriti artis utama sudah bersetuju kami teruskan dengan penggambaran yang hanya 22 hari sahaja di sekitar Lembah Klang.

"Walaupun saya baru, tetapi Alhamdulillah mereka hormat dengan saya dan saya juga beri kebebasan untuk mereka beri idea," ujarnya.

Dalam pada itu, Sofi berkata, cabaran lain apabila dia jatuh sakit dan demam dalam tempoh penggambaran dijalankan.

Tambah Sofi, dia terpaksa meneruskan penggambaran kerana tidak mahu jadual artis lain terjejas.

"Ada beberapa hari yang saya sakit, nak telan air liur pun tak boleh. Tetapi saya gagahkan juga bekerja kerana jika saya tangguhkan penggambaran ia akan menjejaskan jadual artis lain," katanya.

Sementara itu, penerbitnya Serina Redzuawan, berkata, terdapat satu babak melibatkan Allahyarham Harun Salim Bachik yang tidak sempat dilakukan.

Katanya, babak itu kemudian dilakukan menggunakan teknik pengimejan berkomputer CGI.

"Ada satu babak yang sepatutnya dilakonkan oleh arwah tetapi beliau tangguhkan kerana ingin balik kampung dan tidak sangka arwah meninggal dunia. Jadi kita terpaksa tipu babak itu dengan guna suara orang lain," ujarnya.

Tambahnya, filem ini juga merupakan filem pertama yang beri royalti kepada pelakon-pelakon terlibat mengikut keuntungan yang diperoleh.

Filem Gangsterock  ini bakal ditayangkan pada 17 Julai depan. - mstar

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →