Panas kisah suami Zizie Ezette, Datuk Bung Mokhtar Raden yang diaktakan mengamuk di dalam Dewan Rakyat. Marah akan tindakan sekumpulan wanita yang menceroboh rumahnya dengan membawa sepanduk dan melempar pelbagai tuduhan dan hinaan, Bung Mokhtar tampil mempertahankan isu tersebut di dalam dewan sehingga menimbulkan ketegangan.
Ahli Parlimen Kinabatangan dikatakan mengamuk sehingga mengeluarkan perkataan ‘bastard’ ketika mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang berhimpun bersama 30 wanita lain di perkarangan rumahnya, Rabu, semalam.
“Saya ingin memaklumkan sekumpulan wanita telah dihantar oleh Ahli Parlimen Ampang menceroboh rumah saya. Membawa sepanduk dengan pelbagai tuduhan dan hinaan dengan jeritan reformasi dan sebagainya.
“Laporan polis telah dibuat tetapi Dewan ini, apa-apa kita selesai di sini, jangan biadap. Nasib saya tidak ada, kalau saya ada mungkin ada yang mati di situ. Jangan cabar saya,” katanya dalam nada tegas sambil disindir ahli dewan lain.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian bangun mencelah dan berkata:
“Apa masalah?”
Bung Mokhtar tampil membidas sehingga menggunakan perkataan yang dianggap kurang sesuai:
“Masalah dia penceroboh, and you shut up! Bastard. Kalau laki-laki, jantan, keluar kau. Ini melibatkan maruah dan nyawa keluarga saya. Ancaman ini tidak baik. Ini perbuatan biadap oleh Ahli Parlimen Ampang,” katanya.
Jelas Bung Mokhtar dalam sidang media selepas itu, tindakan kumpulan wanita itu telah menimbulkan ketakutan terhadap keluarganya.

Katanya, Zuraida tidak sepatutnya menjadikan teguran di dalam dewan sebagai isu peribadi, bahkan pihak Dewan telah menolak usul supaya beliau dikenakan tindakan tatatertib.
“Saya hanya menegur, jika dia (Zuraida) agresif di rumah, suami YB menderita. Kalau tidak betul, means nothing.
“Isteri PM boleh pula dia marah, kita kutuk, dia marah,” ujarnya di sidang media usai sesi perbentangan parlimen semalam.
Menurutnya juga, Bung Mokhtar sanggup memaafkan perbuatan kumpulan wanita tersebut namun tidak sesekali akan melupakannya. - gosipmalaysia