Friday, June 19, 2015

Zulin Aziz Terkilan Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen!

Zulin Aziz Kini Berhijab Sepenuhnya melahirkan rasa terkilan apabila ada pihak yang menuduhnya menggunakan bomoh bagi mendapatkan cinta anggota Ariz Forteen kerana fitnah tersebut dianggap melampau.


Zulin Aziz Terkilan Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen!

Apa yang pelik, wujud komen tak masuk dek akal itu adalah daripada individu yang menggunakan nama @sitifatimahlufias88 dan sudah beberapa kali berlaku sehingga membuatkan dia hilang sabar.

Zulin yang berfikiran positif menganggap mungkin individu tersebut cemburu melihat hubungan mesranya dengan Ariz dan dengan cara fitnah tersebut untuk membuatkan dua artis tersebut bermusuhan. Maklumlah gosip ‘Zulin Aziz Dan Ariz Lufias (Forteen) Bertunang‘, memang membuatkan ramai cemburu!


Zulin Aziz Terkilan Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen!

Namun dalam masa yang sama, Ariz juga turut digangu individu terbabit disebabkan terlalu fanatik dengan penyanyi tersebut.

    “Saya tidak tahu wanita berkenaan ada masalah mental atau dia sekadar suka-suka menganggu dan menuduh saya tetapi ia semakin tidak terkawal.

    “Malah Ariz sendiri yang memaklumkan kepada saya tentang tuduhan terbaharu yang mengatakan saya menggunakan ilmu hitam,”



Zulin Aziz Terkilan Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen!

Zulin Aziz dan Ariz hanya berteman biasa, hanya peminat sahaja yang salah faham. Disebabkan kemesraan tersebut wujud segelintir peminat yang cemburu dan taksub dengan artis kesayangan mereka menyebabkan perkara ini terjadi dan berharap golongan ini hentikan perbuatan tersebut.


Zulin Aziz Terkilan Dituduh Guna Bomoh Pikat Ariz Forteen!

Penulis berharap kontroversi ini akan berakhir, kalau tuduhan tersebut semakin melampau diharap Zulin Aziz buat sahaja laporan polis seperti apa yang terjadi kepada ‘Tasha Shilla Buat Laporan Polis Isu Foto Bo9el Tersebar‘. Apa pun teruskan bersabar dalam menghadapi dugaan sebagai anak seni. - gosipmalaysia

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →