Monday, August 3, 2015

Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang baru tampil dengan bingkisan album konsert Unplugged baru-baru ini, sekali lagi memberikan kejutan kepada peminat beliau apabila menampilkan sorotan video ketika merakamkan sebuah lagu.


Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman

Apa yang mengujakan, lagu tersebut bukanlah dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa Tamil. Tak cukup dengan itu, pengguna laman sosial cukup tak sabar apabila mengetahui ia merupakan karya komposer terkenal India, A.R. Rahman.


Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman

Siapa tak kenal komposer tersebut kan?

Tampil dengan barisan lagu-lagu yang cukup indah dalam filem-filem Bollywood dan Hollywood terkenal seperti dalam filem Lagaan, Taal, Slumdog Millionaire, 127 Hours dan The Hundred-Foot Journey, bakat A.R. Rahman sememangnya dikagumi.

Memetik kapsyen yang dimuat naik oleh pengurus yang juga kakak ipar Siti iaitu Rozi Abdul Razak, rakaman lagu itu dilakukan sempena satu program di Astro.

Nah, jom kita tengok macam mana Siti rakam lagu dalam bahasa Tamil. Pasti berbelit lidah nak sebut kan?mynewshub

A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →