Monday, August 3, 2015

Zizan Razak Nafikan Dingin Bersama Pihak Media, Rahsiakan Soal Cinta

Baru-baru ini, pelakon dan pelawak Zizan Razak dikatakan telah melarikan diri daripada pihak media sebaik sahaja majlis tersebut tamat. Ekoran daripada kejadian itu pelbagai persepsi timbul mengenai tingkah laku pelawak ini.


Zizan Razak Nafikan Dingin Bersama Pihak Media, Rahsiakan Soal Cinta


Tampil di majlis pelancaran rangkaian promosi filem Polis Evo kelmarin, Zizan menjelaskan ini adalah salah faham semata-mata kerana dia telah diberitahu oleh pengurusnya bahawa seorang sahaja wartawan yang ingin menemuramahnya dan dia boleh balik sebaik sahaja majlis itu tamat.
“Saya ditemuramah oleh seorang wartawan sahaja ketika itu dan tak dipanggil pula oleh mana-mana pihak media yang lain untuk ditunggu. Kalau ada diberitahu saya akan tunggu”

“Saya tidak ada masalah apa-apa dengan pihak media dan boleh bekerjasama seperti biasa. Pihak media banyak membantu setiap artis dalam menaikkan atau mempromosikan apa sahaja berkaitan dengan kerjaya kita,” katanya yang secara jelasnya menafikan ada masalah dengan pihak media.

Dalam pada itu, apabila disoal mengenai status hubungannya yang terkini, Zizan seolah-olah kunci mulut dan mahukan peminat berteka-teki mengenai hubungannya bersama wanita misteri itu.
“Biarlah ia menjadi privasi saya dan menjadi tanda tanya. Perkara ini tidak perlu dirisaukan sangat. Saya minta pada pihak media, peminat di luar sana apabila sampai jodoh itu dia akan menjadi. Tapi buat masa in doakan yang terbaik buat saya dan pasangan,” katanya lagi.-rotikaya

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →