Thursday, October 15, 2015

Cara Fahrin Ahmad Kurangkan Kontroversi

Kebanyakan artis dan selebriti kita diburu media dan kontroversi panas berpunca daripada diri sendiri yang gemar berkongsi setiap gambar dan aktiviti di media sosial tanpa berfikir dahulu.


Cara Fahrin Ahmad Kurangkan Kontroversi


Akibatnya diri sendiri yang menanggung malu dan rimas untuk melayan segala kritikan serta persoalan ramai. Bagaimanapun lain pula bagi hero malaya, Fahrin Ahmad yang lebih berhati-hati dalam berkongsi apa sahaja di laman sosial agar tidak menjadi bahan kritikan umum.

Cara Fahrin Ahmad Kurangkan Kontroversi


Bagus juga tindakan Fahrin Ahmad ni sekurang-kurangnya dapat mengurangkan dosa sesetengah pihak yang gemar sahaja mengkritik dan memberi komen-komen yang tidak membangun.

Cara Fahrin Ahmad Kurangkan Kontroversi


    “Alhamdulillah, tak ramai yang meletakkan komen berbentuk kutukan di Instagram saya. Mungkin tipnya ialah, bila nak muat naik gambar, kita perlu berjaga-jaga. Walaupun memuat naik gambar dengan rakan-rakan, saya perlu teliti ada setiap ruang dalam gambar itu, adakah ia boleh mengundang persoalan dan kritikan.

    “Gambar saya bersama rakan yang memegang vape pun saya takkan muat naik dalam Instagram. Saya cuba mengurangkan apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kontroversi,” jelasnya.-gosipmalaysia

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →