Thursday, October 15, 2015

Kelakar Daud McKienzie Suami Lana Nodin Berbahasa

Seronok pula melihatkan gelagat suami si Lana Nodin ni yang memang berusaha untuk memahirkan diri dalam bercakap dalam bahasa Melayu. Memang nampak ada perubahan sedikit demi sedikit, tahniah!

Kelakar Daud McKienzie Suami Lana Nodin Berbahasa

Nampaknya berhasil juga latihan Daud McKienzie Suami Lana Nodin Belajar 10 Perkataan Setiap Hari. Kalau tak percaya boleh lihat sendiri beberapa koleksi video Daud bercakap dalam bahasa Melayu, memang comel dan mencuit hati.



Pasangan romantik, Lana Nodin dan David McKienzie atau Mohd Daud McKienzie ini disatukan 15 Mei 2015. Dalam pada itu Lana kini disahkan hamil anak pertama walaupun sebelum ini pernah merancang untuk memiliki cahaya mata setelah 2 tahun berkahwin.

Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi jangan ditolak kan, ramai lagi yang menanti peluang untuk memiliki cahaya mata namun tidak berkesempatan.
    “Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi.

    “Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak,” jelas Lana.


Apa-apa pun tahniah buat pasangan sejoli ini. Semoga dilimpahkan rezeki dan diberi barakah dalam rumah tangga yang dibina.-gosipmalaysia

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →