Thursday, October 15, 2015

Isteri Dedah Sikap Sebenar Ajak Shiro

Isteri mana yang tidak mengimpikan seorang suami yang bertanggungjawab serta tetap memberikan kasih sayang kepada mereka dan anak-anak meskipun suaminya sering sibuk dengan kerjayanya.


Isteri Dedah Sikap Sebenar Ajak Shiro


Membaca kisah pengorbanan Ajak Shiro yang dikongsikan oleh isterinya Afifah menerusi akaun Instagram miliknya membuatkan hati ini tersentuh akan sifat penyayang Ajak yang bukan  sekadar di bibir sahaja.

Isteri Dedah Sikap Sebenar Ajak Shiro


Menurut Afifah, jika Ajak berada dirumah hampir semua kerja berkaitan urusan rumah tanggn  ingin dilakukannya sendiri seperti memasak, jaga anak dan lain-lain.

Berikut adalah luahan penuh mengenai pengorbanan Ajak :-
    Nie citer semalam… Susah nak tengok 2 tangan itu kosong tanpa anak disisi. Sebelum nie semua orang tanya,apa yang paling sweet baba buat..tapi selalu xde jawapan sebab xtahu apa yang sweet tentang baba.setelah diamati dan diteliti,ku sedar segala tentang baba adalah sweet..kalau baba ada di rumah semua urusan anak dia nak buat..mandikan, bagi susu,pakaikan baju,tidurkan dan semua berkaitan rumahtangga.pendek kata,baba tapaw semua kerja2 ibu di rumah.

    Bila dia duduk berehat pun dia akan panggil semua untuk peluk dia sambil menonton televisyen,so ibu akan tutup api masak,berhenti basuh pinggan dan lain2 untuk join baba. Bila orang tanya,baba romantik sama macam cerita Isteriku Bukan Tukang Masak tak?jawapannya..baba lebih daripada itu.Romantiknya bukan pada kata2 sangat tetapi sentuhan kasih sayang yang melimpah-ruah…terima kasih Allah kerana ciptakan ku dari rusuk kiri insan penyayang ini.



Apa yang dilakukan oleh Ajak Shiro ini benar-benar melambangkan beliau sebagai seorang suami dan bapa yang mithali. Lelaki seperti ini memang susah hendak di cari zaman sekarang, untung Afifah dapat suami seperti Ajak. Kami doakan rumah tangga anda akan lebih diberkati dan dipenuhi kasih sayang.-beautifulnara

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →