Masih panas lagi cerita mengenai status hubungan Nelydia Senrose dan juga Qi Razali yang kini sudah pun membawa haluan sendiri demi mengejar cita masing-masing. Namun Nelydia tidak menolak jika tertulis jodoh mereka kembali bersama. Cliche.
“Biarlah saya simpan sendiri sahaja punca perpisahan kami. Selepas ini, saya tidak mahu lagi berkongsi soal peribadi kepada umum. Lebih baik simpan sendiri kerana apabila saya kongsi, persepsi orang ramai berbeza-beza dan akan menimbulkan pelbagai spekulasi”
“Saya tidak bermusuh dengannya, kami masih baik dan tidak menolak andai pada masa depan kami masih mempunyai jodoh untuk bersama. Cuma pada masa sekarang, masing-masing mahu memberi fokus kepada perkara lain yang ingin dicapai. Jika ada hal penting, saya masih menghubunginya,” jelasnya kepada Kosmo!.
Mengakui berasa sedih dengan perpisahan tersebut, Nelydia bagaimanapun cuba menyibukkan dirinya selain mahu fokus kerja dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara, sama ada Australia atau London – dalam bidang perniagaan atau psikologi.
Baguslah jika begitu. Apa pun, semoga Nelydia mahu pun Qi sendiri berjaya mencapai impian masing-masing setelah berakhirnya hubungan mereka baru-baru ini.-rotikaya