Monday, November 16, 2015

Hubungan Syarul Ridzwan Dan Mia Ahmad Retak Angkara Mira Filzah?

Pelakon Mira Filzah yang baru-baru ini pernah menjadi perhatian ramai gara-gara gambarnya yang menjadi viral di laman sosial kini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia dikatakan menjadi punca terputusnya hubungan cinta antara pelakon drama #HatiPerempuan iaitu Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad.

Hubungan Syarul Ridzwan Dan Mia Ahmad Retak Angkara Mira Filzah?


Bagaimanapun, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 22, mengakui mengenali dan berkawan dengan aktor itu sebelum kedua-dua mereka memasuki dunia seni.
    “Saya tidak bercinta dengan Syarul Ridzwan apatah lagi menjadi orang ketiga seperti didakwa.

    “Memang benar kami saling mengenali sejak beberapa tahun lalu iaitu pada tahun 2011. Ketika itu saya masih bersekolah dan dia belum jadi pelakon, namun selepas itu kami tidak lagi berhubung,” ujarnya.



Mira berkata demikian ketika diminta mengulas tentang satu kiriman emel yang diterima dengan mendakwa dia sebagai punca utama perpisahan pelakon Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad.

Menurut Mira, dia sudah lama tidak berhubung dengan Syarul dan hanya bertemu semuala di sebuah majlis yang berlangsung baru-baru ini.
    “Kami sudah lama tidak berhubung dan bertemu semula baru-baru ini di sebuah majlis, ketika itu saya terkejut juga kerana tidak tahu bahawa dia turut hadir.

    “Selepas itu, ada gambar kami bersama yang diambil peminat dan sejak itu ada pihak yang kurang senang dan mula mencungkil semula kisah lama saya dan Syarul,” ujarnya.

Hubungan Syarul Ridzwan Dan Mia Ahmad Retak Angkara Mira Filzah?


Tambah Mira, dia turut menyedari gosip tersebut menjadi serius apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka bertiga menerusi sebuah akaun laman sosial palsu.
    “Saya tidak sedap hati dengan perkara yang berlaku ini kerana mereka tag saya, Syarul dan Mia Ahmad di Instagram. Saya malas nak besar-besarkan dan melayan isu ini, cuma Syarul ada juga membalas bagi menjelaskan keadaan.

    “Sebagai pelakon baru saya tidak mahu perkara ini memberi persepsi buruk kepada saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mira baharu sahaja muncul menerusi drama Din Sardin Isnin lalu dan sedang menjalani penggambaran drama Cinta Si Wedding Planner untuk slot Akasia yang bakal ditayangkan di TV3 pada Januari depan.-gosipmalaysia

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →