Sebut je nama pelakon kontroversi Zarina Anjoulie pasti semua kenal bukan. Namun sejak akhir-akhir ni dah lama tidak mendengar cerita atau kontroversi yang mengaitkan Zarina Anjoulie. Khabarnya, Zarina Anjoulie kini sudah pun bernikah dengan pilihannya dan kini menetap di Brunei. Betul ke? Walaupun berita ni amat mengejutkan semua namun ianya seakan benar apabila disahkan sendiri oleh empunya diri.
Nampaknya memang sahlah Zarina Anjoulie sudah bernikah kerana turut memuatkan caption dan gambarnya bersama lelaki tersebut. Melalui muatnaik gambar Instagram Zarina sebelum ini dengan bertudung litup, kemungkinan juga majlis pernikahan tersebut berlangsung ketika di pulang ke Ipoh baru-baru ini.
Zarina baru-baru ini telah mengaku salah di mahkamah kerana memiliki dadah dan dalam beberapa muatnaik perkongsian gambarnya di Instagram turut menyatakan bahawa dia betul-betul mahu berubah di samping mahu menjadi isteri dan muslim yang lebih baik.
Sejuk kan tu tengok Zarina Anjoulie bertudung, manusia ni boleh berubah dan diharapkan perubahan Zarina ni akan berpanjangan dan kami di Gosip Malaysia doakan semoga perkahwinan Zarina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.-gosipmalaysia