Tuesday, January 19, 2016

Mat Moto kutip RM3 juta selepas 4 hari tayangan

Filem Mat Moto arahan Pekin Ibrahim terus mencipta sejarah apabila mencatat kutipan melebihi RM3 juta selepas empat hari ditayangkan di seluruh negara.

Mat Moto kutip RM3 juta sleepas 4 hari tayangan


Terdahulu, filem mengenai perjalanan hidup mat motor atau peminat motosikal itu mengutip RM1.2 juta pada hari pertama tayangan, Khamis lalu.

Pekin yang juga pelakon utama filem berkenaan berkata, selain sokongan padu daripada semua yang terbabit, menghasilkan jalan cerita yang dekat dengan dirinya adalah satu kepuasan yang cukup berbaloi.


Mat Moto kutip RM3 juta sleepas 4 hari tayangan


Pun begitu, bukanlah keuntungan semata-mata yang diharapkan sebaliknya mahu penonton sama-sama menghayati kisah dan perjalanan hidup mat motor yang sering digelar mat rempit sehingga ada yang salah tafsir.
“Alhamdulillah saya terkejut dan tidak menyangka kutipan melebihi daripada jangkaan. Sangka saya pada hari pertama mungkin kutipan sekitar RM500,000.

“Apabila dimaklumkan oleh penerbit, Datuk Yusof Haslam kutipan melebihi RM1 juta saya memang terkejut dan bersyukur atas sambutan ini,” katanya.

Menyasarkan kutipan RM5 juta, Pekin melihat sasarannya hampir berjaya apabila kutipan selepas empat hari ditayangkan sudah mencecah lebih RM3 juta.

“Saya tidak meminta lebih, cukuplah RM5 juta untuk filem ini dan jika sasaran itu berjaya bolehlah saya memberi fokus kepada filem Mat Moto 2 pula.

“Pun begitu, saya juga turut bimbang melihat maklum balas penonton di laman sosial. Ada yang suka ada juga yang mengkritik kerana melihat jalan cerita tidak seperti yang mereka bayangkan.

“Lazimnya kisah mat moto lebih memaparkan kehidupan mereka berlumba dan penuh aksi, tetapi tidak untuk filem ini.

“Bagaimanapun, saya positif dan berharap semua orang dapat menerima jalan cerita ini dengan hati yang terbuka,” katanya.

Menggunakan tagline ‘Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit’ filem itu turut mendapat sentuhan bersama pengarah muda, Syafiq Yusof.


Mat Moto kutip RM3 juta sleepas 4 hari tayangan

Filem terbitan Viper Studios itu turut mendapat kerjasama daripada Skop Productions Sdn Bhd dan Fimtab Professional Film.

Selain Pekin, filem itu turut dibintangi Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Falisha Crossley dan Cat Farish.


Mat Moto kutip RM3 juta sleepas 4 hari tayangan


Sementara itu, Syafiq berkata, dia gembira apabila filem ini berjaya mendapat kutipan paling tinggi pada hari pertama ditayangkan selepas filem KL Gangster 1.
“Saya tidak mengharapkan apa-apa selain penonton sama-sama menyokong dan hadir ke pawagam menyaksikan filem ini.

“Satu permulaan yang baik untuk filem ini. Mungkin juga ia rezeki untuk kami semua dan saya yang baru saja menimang cahaya mata pertama awal bulan lalu,” katanya.-hmetro

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →