Pelakon Arja Lee dikecam selepas memuat naik video bermain bola sepak di dalam rumahnya dengan hanya memakai seluar dalam berwarna putih.
Video yang dimuat naik kira-kira tiga jam lalu di akaun Instagram (IG)nya itu dilabelkan sebagai kurang sopan oleh pengikutnya di mana seluar dalam tersebut kelihatan agak ketat di bahagian tertentu.
Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Arja, dia seolah-olah ingin bergurau bersama peminatnya dengan meniru gaya pemain bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo.
“Cristiano Ronaldo play football at home #ArjaLee #Arjasplayfootball . Just for fun.” tulisnya.
Bagaimanapun, ada pengikut IG meluahkan rasa kurang selesa dengan tindakan Arja sekaligus mempersoalkan tujuan video tersebut dimuat naik.
Ruangan komen IG Arja dihujani dengan komen yang rata-ratanya berpendapat video seperti itu tidak patut didedahkan untuk tatapan umum kerana boleh mengundang pelbagai tanggapan kurang enak terhadap aktor itu.-astrogempak