Saturday, February 13, 2016

Farid Kamil Tak Mahu Diganggu Diana Danielle Selepas Pulang Dari Mahkamah

Pelakon Farid Kamil mengakui pernah meminta Diana Danielle supaya tidak mengganggunya selepas pulang dari mahkamah.


Farid Kamil Tak Mahu Diganggu Diana Danielle Selepas Pulang Dari Mahkamah


Farid berkata dia terbawa-bawa dengan watak yang digalasnya sebagai peguam syarie dalam drama bersiri terbaru berjudul Qanun 99.
“Ini pertama kali saya menggalas watak sebagai peguam. Saya akui ia sedikit mencabar, walaupun peguam merupakan kerjaya idaman saya sewaktu saya kecil.

“Bukan mudah untuk membawa watak sebagai peguam syarie, banyak perkataan baru yang saya perlu belajar dan penghayatannya juga sedikit berbeza.

“Tambahan pula kes-kes dalam setiap episod yang dipaparkan di dalam program ini juga agak berat, jadi ia membuatkan otak kita penat.

“Pernah jugalah satu hari tu, saya balik rumah daripada set dan minta Diana diam dan tidak banyak bertanya kerana tidak mahu diganggu. Diana pun faham,” katanya.

Mengulas mengenai Qanun 99, Farid memberitahu drama tersebut benar-benar membuka matanya tentang permasalahan rumahtangga di Malaysia.
“Kesemua bahan kes yang dipaparkan di dalam program ini adalah kes-kes yang benar dan terjadi di dalam mahkamah syariah. Antaranya kes remaja usia 14 tahun yang mahu berkahwin dan satu lagi kes paling mengejutkan apabila seorang suami menyedari dia sebenarnya telah berkahwin dengan seorang lelaki setelah 4 tahun bersama,”ceritanya.

Drama bersiri 13 episod yang turut dibintangi pelakon Yana Samsudin ini disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135) setiap Jumaat, jam 7.30 malam.-Murai

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →