Saturday, February 13, 2016

Fitnah Kematian, M Daud Kilau Maafkan Penyebar

Penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau meminta supaya berita tentang kematiannya berhenti disebarkan dan berharap agar peminat akan mendoakan yang terbaik bagi dirinya.


Fitnah Kematian, M Daud Kilau Maafkan Penyebar


“Saya minta peminat doakan yang baik-baik sahaja, jika ada yang mendoakan yang buruk, harap fikirlah kembali,” tegas beliau yang kini berusia 77 tahun.

Berita palsu tentang kematian M Daud Kilau itu sudah tersebar sejak semalam, bagaimanapun M Daud Kilau hanya memaafkan penyebar berita itu dan berkata dia tidak terkejut perkara itu terjadi kepada dirinya.

Beliau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau juga memberitahu bahawa kesihatannya semakin pulih dan kini mampu bergerak sendiri tanpa bantuan daripada isterinya.
“Alhamdulillah hari ini saya lebih segar, jika sebelum ini isteri banyak membantu saya, tapi tadi saya mampu bergerak perlahan-lahan ke bilik air” katanya kepada sebuah akhbar tempatan, semalam.

Selepas hampir sebulan terlantar di Hospital Selayang, Selangor sebelum dipindahkan dari Hospital Teluk Intan, Perak, M Daud Kilau meminta kebenaran berehat di rumah anaknya, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Beliau menghidapi masalah saluran kencing, masalah kencing manis dan juga masalah buah pinggang. – Mynewshub

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →