Scha Al-Yahya kini sudah kembali berlakon dan ini pasti membuatkan peminatnya berasa gembira. Semasa ditanya oleh sebuah akhbar tempatan jika Scha ingin berlakon bersama suami, Awal Ashaari, ternyata Scha mempunyai jawapan untuk diberikan.
“Memang ramai yang tanya, tak nak ke berlakon dengan Awal. Sebenarnya bukan saya tak nak, Awal yang tak nak berlakon bersama saya.
“Dia lebih berminat untuk menjadi pengacara, jadi saya hormat keputusannya”
“Kalau diberi peluang, saya memang mahu mengacara bersama Awal, saya boleh belajar kerana suami saya lebih mahir dalam bidang itu”.
Scha juga berkata bahawa kini adalah waktu yang sangat sesuai untuk
meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon kerana anaknya Lara Alana
juga semakin membesar.
“Saya tak kisah berlakon filem atau drama sekarang, janji skrip dan jalan ceritanya menarik. Kalau perlu tinggalkan Lara, semua itu boleh diuruskan kerana Awal boleh menjaga Lara”.-mynewshub