Beberapa hari lalu, ada laporan menyebut yang Awie bersedia untuk bercerai dengan isterinya kini Rozana Misbun selepas melihat tiada masa hadapan bersama wanita itu dan ianya mungkin jalan terbaik untuk kebahagian dirinya dan juga anak anak.
Dalam temubual terbaru bersama Mangga Online Awie berkata yang beliau tidak pernah menyebut tentang penceraian namun tidak menolak sebarang kemungkinan.
“Saya tidak failkan apa apa pasal perceraian. Saya tak pernah cakap pasal cerai. Tetapi saya sedia menerima sebarang kemungkinan. Kalau orang di sana (Rozana) yang mahukan (cerai) okay, tapi tak semudah itu, ada syaratnya … pulangkan harta saya,” ujar Awie ringkas.
Kenyataan terbaru Awie ini seakan mengiyakan desas desus sebelum ini yang mengatakan punca segala pergolakan yang terjadi antara dirinya dan Rozana Misbun adalah wang dan ini sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.
Sumber : rotikaya.com