Showing posts with label awie wings. Show all posts
Showing posts with label awie wings. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Awie Tinggalkan Majlis Tahlil Ibu Demi Takhta 3 Ratu

Pelakon dan penyanyi Awie akui tidak dapat menghadiri majlis tahlil arwah ibunya kerana komitmen terhadap kerjaya seni terutama pementasan Teater Takhta 3 Ratu.


Awie Tinggalkan Majlis Tahlil Ibu Demi Takhta 3 Ratu, info, terkini, hiburan, sensasi, awie wings, gosip, kontroversi,

Bagi dirinya, amat tidak wajar untuk menarik diri secara tiba-tiba kerana ia akan menyusahkan semua pihak terutama barisan pelakon, produksi dan krew.

“Bunyinya macam saya tidak mengambil berat, seperti melepaskan tanggungjawab untuk buat majlis tahlil, tetapi saya ada sebabnya.

“Saya dah tanda tangan kontrak dengan Erma dan perlu akur dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Biarlah saya susah seorang daripada menyusahkan orang lain yang bertungkus lumus menjayakan naskah ini,” ujar Awie kepada portal Murai.com.my

Menurutnya lagi, kembalinya ibu ke rahmatullah adalah perkara yang menyedihkan dan sebagai hamba Allah, hati yang redha adalah paling utama.

“Alhamdulilah keluarga pun faham, dan saya harap peminat pun akan faham, kerja saya ini umpama berperang. Ketika berperang anda menerima berita yang sedih, maka demi tanggungjawab anda akan terus laksanakan misi peperangan itu, begitu juga dengan situasi saya sekarang ini,” ujarnya.

Bagi Awie untuk melaksanakan majlis tahlil rasanya tidak perlu mengikut hari seperti 40 hari, 100 hari dan sebagainya. Kalau rasa terdetik di hati  ingin buat majlis itu, maka lakukannya dengan ikhlas.

“Buat masa sekarang, saya mohon bantuan dengan pihak masjid buat majlis tahlil untuk arwah ibu, selepas selesai kerja dan tugas saya ini, saya akan buat dan menjemput para tahfiz atau anak-anak yatim, saya rasa isu ini tak perlu diperbesarkan,” kata Awie mengakhiri bicaranya.

Baca : Foto Siti Saleha Bercuti Ke London 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, December 12, 2014

Sebelum Bercerai, Awie Tuntut Rozana Pulangkan Harta

Beberapa hari lalu, ada laporan menyebut yang Awie bersedia untuk bercerai dengan isterinya kini Rozana Misbun selepas melihat tiada masa hadapan bersama wanita itu dan ianya mungkin jalan terbaik untuk kebahagian dirinya dan juga anak anak.


Sebelum Bercerai, Awie Tuntut Rozana Pulangkan Harta, info, terkini, hiburan, sensasi, awie wings, krisis rumahtangga awie, rozana misbun


Dalam temubual terbaru bersama Mangga Online Awie berkata yang beliau tidak pernah menyebut tentang penceraian namun tidak menolak sebarang kemungkinan.

Artikel Terdahulu :  

“Saya tidak failkan apa apa pasal perceraian. Saya tak pernah cakap pasal cerai. Tetapi saya sedia menerima sebarang kemungkinan. Kalau orang di sana (Rozana) yang mahukan (cerai) okay, tapi tak semudah itu, ada syaratnya … pulangkan harta saya,” ujar Awie ringkas.

Kenyataan terbaru Awie ini seakan mengiyakan desas desus sebelum ini yang mengatakan punca segala pergolakan yang terjadi antara dirinya dan Rozana Misbun adalah wang dan ini sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.


Sebelum Bercerai, Awie Tuntut Rozana Pulangkan Harta, info, terkini, hiburan, sensasi, awie wings, krisis rumahtangga awie, rozana misbun

Sebelum Bercerai, Awie Tuntut Rozana Pulangkan Harta, info, terkini, hiburan, sensasi, awie wings, krisis rumahtangga awie, rozana misbun

Sebelum Bercerai, Awie Tuntut Rozana Pulangkan Harta, info, terkini, hiburan, sensasi, awie wings, krisis rumahtangga awie, rozana misbun

Sebelum Bercerai, Awie Tuntut Rozana Pulangkan Harta, info, terkini, hiburan, sensasi, awie wings, krisis rumahtangga awie, rozana misbun

Sebelum Bercerai, Awie Tuntut Rozana Pulangkan Harta, info, terkini, hiburan, sensasi, awie wings, krisis rumahtangga awie, rozana misbun

Sebelum Bercerai, Awie Tuntut Rozana Pulangkan Harta, info, terkini, hiburan, sensasi, awie wings, krisis rumahtangga awie, rozana misbun

Baca : Hanif & Ray Era FM Akhirnya Berjaya Tawan Gunung Kinabalu! 

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, December 11, 2014

Ibu Awie Hembus Nafas Terakhir Pagi Tadi Akibat Sakit Tua

Ibu kepada penyanyi dan juga pelakon, Awie, telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 8 pagi tadi.


ibu awie meninggal, info, terkini, hiburaan, awie wings,

Hajah Azizah Abd Hamid, 75, menghembuskan nafas terakhir di kediaman Awie di Ukay Perdana akibat penyakit tua.

Jenazah Allahyarhamah akan dimandikan dan dikapankan di kediaman Awie sebelum dikebumikan setelah selesai solat Jumaat petang ini.


ibu awie meninggal, info, terkini, hiburaan, awie wings,

Hajah Azizah pergi meninggalkan 5 orang anak serta 16 orang cucu. Awie merupkan anak ke ketiga dari 5 beradik.

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah dan takziah kepada Awie.

Baca : Foto Malam Berinai Yaya Maembong dan Wan Raja 

Sumber : Siakapkeli.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, December 5, 2014

Awie Pilih Untuk Bercerai Dengan Rozana

Jika dilihat kepada perkembangan terkini kemelut rumahtangga Awie dan isterinya Rozana Misbun memang akan berpanjangan selepas perbincangan untuk selesaikan perkara ini diluar mahkamah tidak dilayan oleh si isteri yang mahu terus menegakkan pendirian di mahkamah.
Awie Pilih Untuk Bercerai Dengan Rozana, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, isu rumahtangga awie, rozana, awie wings

“Saya inginkan masalah ini selesai di luar mahkamah kerana kisah rumah tangga hanya timbulkan aib bukan sahaja pada saya, bahkan kepada keluarga dan anak-anak. Saya telah beri cadangan kepada pihak Rozana untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah kerana ia lebih baik untuk kedua-dua pihak, tetapi pihak Rozana menolaknya,” jelas Awie kepada Kosmo!.
Mengulas tentang dakwaan yang sijil pernikahan beliau bersama Rozana selama sembilan tahun yang didakwa palsu. Awie mendakwa tindakan Rozana mengangkat perkara itu kini seakan mahu mengaibkan dirinya sedangkan mereka sudah berkahwin lama.
“Jika sedar yang sijil nikah itu palsu, sedangkan kami telah berkahwin selama sembilan tahun dan mempunyai tiga orang anak, mengapa baru sekarang baru isu itu dibangkitkan semula, adakah mahu memalukan saya?” tambahnya lagi.
Awie turut menambah yang beliau tidak nampak masa hadapan bersama Rozana lagi selepas ini & memberikan bayangan yang mereka bakal bercerai selepas kemelut ini selesai.
“Rasanya kami berdua sudah tidak boleh bersama lagi. Selepas kes ini selesai di mahkamah, saya tidak mahu dia hadir dalam kehidupan saya lagi,” ujar Awie.

Baca : RM15,000 Untuk Dapatkan Amelina Buat Persembahan Pentas? 
Sumber: Rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif