Bila seseorang wanita itu kembali solo, pastinya pelbagai cerita akan timbul apabila mereka mula mesra dengan lelaki. Pelakon Dynas Mokhtar turut tidak ketinggalan dihimpit gosip apabila hubungannya dengan seorang model dan pemenang pertandingan HIMbyHatta, Ahmad Aidit Noh, menjadi bualan.
Dia yang bercerai dengan bekas suaminya, Hafizy Hafiz, pada Februari lalu bagaimanapun menafikan gosip tersebut, Katanya, Aidit terlalu muda dan tidak menepati cita rasanya.
"Apa yang boleh saya katakan, kami hanya berkawan dan tidak sampai ke tahap bercinta. Perkenalan kami bermula apabila Aidit banyak menjadi model untuk butik saya.
"Tambahan pula, dia banyak bertanya tentang selok-belok perniagaan kerana dia ingin memulakan jenamanya sendiri. Dia terlalu muda untuk saya, biarlah saya mencari lelaki yang lebih matang," ujar Dynas dipetik sebagai berkata.
Dynas ditemui media ketika majlis perlantikannya sebagai duta untuk rangkaian produk kesihatan, PhytoScience di Garden Theatre, The Garden Mall, Kuala Lumpur.
Mengenai kehidupan solonya sekarang, ujar pelakon itu dia banyak menghabiskan masa untuk diri sendiri kerana sudah dapat melakukan pelbagai aktiviti yang disukainya.
"Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan saya. Sekarang, anak-anak pun sudah besar dan inilah peluang untuk saya menghabiskan masa untuk diri sendiri. Malah, saya berkesempatan membuat perkara yang tidak sempat saya buat dulu seperti mengambil lesen menyelam dan sebagainya," tambah Dynas.
Baca : Farid Kamil jatuh tingkat 4, keadaannya kini...

Sumber : myartis.com