Showing posts with label Farah Diana anggap kontroversi lalu satu dugaan. Show all posts
Showing posts with label Farah Diana anggap kontroversi lalu satu dugaan. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Farah Diana anggap kontroversi lalu satu dugaan

Penyanyi dan pengacara Farah Diana Anuar menganggap kontroversi yang membabitkan namanya pada tahun lalu adalah satu dugaan daripada Tuhan sepanjang bergelar anak seni.


Farah Diana anggap kontroversi lalu satu dugaan, info, terkini, hiburan, sensasi, Farah AF2

Sebelum ini bintang kelahiran program televisyen realiti popular "Akademi Fantasia" musim kedua (AF2) pernah dituduh terlibat dalam kes kehilangan wang di set penggambaran sebuah program serta isu tidak memulangkan pakaian yang dipakainya ketika mengacara.

Selain daripada itu, Farah juga dikatakan telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara.

Bagaimanapun Farah mengambil pendekatan tidak mempedulikan kata-kata orang kerana baginya ia mencukupi apabila keluarga tahu perkara sebenar.

"Biarkanlah semuanya berlalu. Sejak saya keluar dari AF2, saya tidak pernah ambil pusing dengan apa yang orang kata mengenai saya.

"Apa yang penting, orang di sekeliling saya terutamanya suami dan keluarga tahu akan kejadian sebenar yang berlaku kepada saya. Itu sudah cukup memadai buat saya," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.

Akui terkesan daripada kontroversi tersebut, Farah bagaimanapun mendapat ketenangan selepas meminta nasihat seorang ustazah.

"Masa mula-mula terjadi, saya sangat kecewa dan bersedih tetapi selepas meminta pandangan dan nasihat daripada ustazah, saya berasa tenang.

"Saya anggap ia sebagai sebahagian dugaan kecil yang Allah SWT bagi kepada saya.

"Jangan terkejut, rezeki saya juga semakin murah dan ini sedikit sebanyak menaikkan semangat saya semula," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Farah memberitahu dia merancang untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian, tetapi terpaksa menangguhkan niatnya buat sementara waktu sekurang-kurangnya empat bulan lagi memandangkan anaknya, Elsa Johan yang kini berusia dua tahun masih lagi menyusu badan.

Selain mengacara majlis-majlis korporat, Farah juga terlibat dengan program "Soal Wanita" di TV Al Hijrah dan beberapa program lain.

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif