Hanis Zalikha mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengacara Pencetus Ummah, Ustaz Zulkefli Hamat yang mendakwa tindakan Hairul Azreen melamarnya di konsert akhir Gegar Vaganza adalah memesongkan akidah.
Kekasih Hairul Azreen telah memuat naik satu status di akaun Twitter miliknya yang mempersoalkan kenyataan tersebut.
Artikel Terdahulu :
Mungkin kerana tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz tersebut, Hanis telah menulis, "Apo Ustaz? Sebab dia serious nak nikahlah dia lamar".
Terdahulu, menerusi laporan mStar online, Uztaz Zulkifle Hamat menjelaskan lamaran Hairul Azreen boleh pesongkan akidah dan cara tersebut boleh menjatuhkan maruah wanita yang dilamar itu jika perhubungan tersebut terputus di tengah jalan.
Tindakan Hairul Azreen yang melamar Haniz Zalikha pada Ahad lepas di konsert akhir Gegar Vaganza telah mendapat kritikan hebat daripada orang ramai kerana ia tidak bersesuaian dengan adat Melayu.
Sumber : era.fm