Pelakon veteran Jalil Hamid mendedahkan beliau mengurangkan aktiviti seninya kerana sudah tawar hati dengan industri hiburan tempatan yang dilihat tidak menghargai artis lama.
"Berlakon ada, cuma tidak seperti dahulu. Sekarang penerbit lebih memandang rupa paras daripada bakat.
"Industri kita tidak seperti di negara luar yang menghargai bakat artis lama, bahkan artis veteran dibayar lebih mahal daripada artis muda yang popular," katanya yang dipetik dari HIP.
Dalam pada itu, Jalil turut mempertikaikan program-program realiti lawak yang kebanyakkan peserta tidak mempunyai bakat.
Ini kerana, menurut Jalil, untuk menjadi seorang pelawak, individu tersebut bukan hanya tahu membuat lawak sahaja, sebaliknya mampu menjadi penyanyi dan pelakon yang baik.
"Mereka mencari bakat yang ada nilai komersial. Tetapi, bakat yang dicungkil itu tiada usaha mengembangkan idea dan bakat."
Baca : Amir Raja Lawak Runsing Rumah Dilanda Banjir

Sumber : tupai.com.my