Showing posts with label Kumpulan Zero. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Zero. Show all posts

Monday, February 23, 2015

Zero Mula Besar Kepala?

Selepas memenangi Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari, nama kumpulan Zero semakin meningkat naik dan dikenali ramai. Namun disebalik kejayaan tersebut timbul pelbagai spekulasi tentang Zero.


Zero Mula Besar Kepala?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, kumpulan Zero

Jika sebelum ini Syaiful Zero dihentam peminat kerana bertindak menunda perkahwinannya, terbaru Zero dituduh berlagak ekoran beberapa perkara yang tidak mendapat persetujuan. Betul ke Zero dah mula besar kepala? Setahu kami rambut Atu je yang kembang.

Menurut seorang pengurus acara, Zero sudah berubah dan semakin berlagak setelah memenangi MLM2014. Jika dahulu senang sahaja nak berurusan dengan mereka tetapi sekarang sudah sebaliknya.


Zero Mula Besar Kepala?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, kumpulan Zero

Tambah pengurus tersebut, dia ada berurusan dengan kumpulan tersebut untuk menjayakan sebuah acara tetapi malangnya tidak mendapat persetujuan.

Mungkin ‘habuan’ yang ditawarkan terlalu rendah dan tak setanding dengan gelaran juara yang mereka miliki? Atau mungkin juga mereka busy, siapa tahu kan?

Pada masa sama Zero juga dikhabarkan menolak untuk menjadi artis di bawah pengurusan Astro. Bagi kami ada logiknya sebab mereka bertiga bakal muncul dengan sebuah filem setelah menandatangi kontrak bersama dengan MIG.


Zero Mula Besar Kepala?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, kumpulan Zero

Apa-apa pun kita tunggu jawapan daripada Zero sendiri berhubung dakwaan besar kepala tersebut dan harap adanya jalan penyelesaian antara kedua-dua belah pihak. Pantang mundur kecuali operasi!

Sumber : ohbulan.com

Monday, December 8, 2014

MLM2014 : Kumpulan Zero Cipta Sejarah

Jumaat lalu telah berlangsungnya Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) untuk minggu keempat. Uish, kami pun tak percaya begitu pantas masa berlalu.


MLM2014 : Kumpulan Zero Cipta Sejarah, info, terkini, hiburan, sensasi, Kumpulan Zero, MLM 2014

So, korang rasa macam mana persembahan peserta favorite korang? Okay ke idok? Hmm, bagi kami biasa-biasa saja, iyalah pendapat masing-masing. Tak gitu?

Namun, nampaknya ada juri yang tak senang dengan beberapa adegan lawak yang dibuat kali ini. Kononnya tak memikirkan sensitiviti. Haa, lawak siapa pula tu?

Artikel Berkaitan : MLM2014 : Shiro Perlekeh Pasukan Bola Sepak Negara?

Nah! Ini komen juri :

    Saya rasa malam ini kumpulan underdog mengatasi kumpulan yang dah ada nama, gah dan ramai peminat. Mereka membuktikan mereka hebat. Dari segi jalan cerita dan props, persembahan malam ini begitu menonjol.


MLM2014 : Kumpulan Zero Cipta Sejarah, info, terkini, hiburan, sensasi, Kumpulan Zero, MLM 2014


    Cuma, malam ini agak kurang sensitivitinya. Ada perkara yang tak sepatutnya ditonjolkan seperti agama, adat resam dan pakaian tidak dijaga dengan baik. Saya harap benda-benda begini tak berlaku lagi. Pada mereka mungkin lawak, pada orang lain mungkin tak lawak. – Datuk Jalaluddin Hassan

    Saya pun rasa yang sama. Seperti yang Datuk kata, malam ini persembahan lebih baik. Tapi isu sensitiviti banyak berlaku. Saya harap minggu akan datang lawak-lawak mereka akan lebih berunsur positif, tak perlu menjengkelkan dan syok sendiri. – Fazura

Kata Jalaluddin Hassan lagi, peserta harus berfikir dan berhati-hati. Pastikan lawaknya bijak, tak menyentuh sensitiviti dan perkauman.

Bagi kami, secara keseluruhannya,
kumpulan Zero berjaya menggeletek semua penonton dengan aksi bersahaja mereka.


MLM2014 : Kumpulan Zero Cipta Sejarah, info, terkini, hiburan, sensasi, Kumpulan Zero, MLM 2014

Tak sangka pula kami apabila persembahan yang mereka tampilkan benar-benar bagus hingga menjadi kumpulan pertama dalam MLM yang dapat 4 1/2 bintang. Fuh! Cipta sejarah betul.

Namun, kami agak krik-krik sedikit apabila menyaksikan persembahan kumpulan Jalor. Bukan apa, sebelum ini kan persembahan mereka memang superb! Cuma sejak dua minggu ini seperti hilang serinya pula.


Baca : Taylor Swift Dating Senyap-Senyap Dengan Pemuzik British? 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif