Pelakon dan pengacara jelita, Neelofa menjelaskan mengenai tindakan adiknya, Ameera yang baru-baru ini dikritik hebat kerana menggunakan bahasa kurang sopan terhadap pengguna laman sosial yang lain, untuk mempertahankannya adalah tindakan yang kurang matang.
Menurut Neelofa, adiknya yang baru saja berusia 14 tahun itu, terlalu mengikut perasaan dan tidak menyedari akibat daripada tindakannya itu.
"Saya faham perasaannya yang terluka kerana pihak luar mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadap saya sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengawal perasaan dan mengeluarkan kata-kata tersebut.
"Dia baharu sahaja 14 tahun dan tindakannya itu tidak matang namun ia adalah pengajaran bernilai buatnya pada masa hadapan," ujarnya seperti dipetik daripada mStar.
Baru-baru ini, nama adiknya, Ameera menjadi bualan mulut orang di laman Instagram, selepas mempertikaikan mereka yang mengkritik hebat foto kepala kakaknya dipegang oleh seorang lelaki yang dipercayai seorang Qari.
Namun, beberapa hari selepas itu, Neelofa menjelaskan bahawa lelaki tersebut merupakan saudara kepada bapa saudaranya yang berasal daripada Pakistan.
Tambah Neelofa lagi, sebelum ini juga dia sering berpesan kepada adiknya untuk tidak mencampuri sebarang urusan yang melibatkan dirinya kerana mungkin akan memberi kesan buruk kepadanya kelak.
"Saya sudah beritahu sebelum ini jika kita layan kata-kata negatif di laman sosial sampai bila ia tidak akan habis.
"Mungkin ada hikmahnya kejadian tersebut kerana dia sudah dapat pengajaran agar tidak lagi mengulangi perkara sama," katanya.
Sumber : tupai.com.my