Showing posts with label Nur Ameera. Show all posts
Showing posts with label Nur Ameera. Show all posts

Sunday, February 1, 2015

Neelofa ulas tindakan tidak matang adiknya

Pelakon dan pengacara jelita, Neelofa menjelaskan mengenai tindakan adiknya, Ameera yang baru-baru ini dikritik hebat kerana menggunakan bahasa kurang sopan terhadap pengguna laman sosial yang lain, untuk mempertahankannya adalah tindakan yang kurang matang.


Neelofa ulas tindakan tidak matang adiknya, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Neelofa, Nur Ameera,

Menurut Neelofa, adiknya yang baru saja berusia 14 tahun itu, terlalu mengikut perasaan dan tidak menyedari akibat daripada tindakannya itu.

"Saya faham perasaannya yang terluka kerana pihak luar mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadap saya sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengawal perasaan dan mengeluarkan kata-kata tersebut.

"Dia baharu sahaja 14 tahun dan tindakannya itu tidak matang namun ia adalah pengajaran bernilai buatnya pada masa hadapan," ujarnya seperti dipetik daripada mStar.

Baru-baru ini, nama adiknya, Ameera menjadi bualan mulut orang di laman Instagram, selepas mempertikaikan mereka yang mengkritik hebat foto kepala kakaknya dipegang oleh seorang lelaki yang dipercayai seorang Qari.

Namun, beberapa hari selepas itu, Neelofa menjelaskan bahawa lelaki tersebut merupakan saudara kepada bapa saudaranya yang berasal daripada Pakistan.

Tambah Neelofa lagi, sebelum ini juga dia sering berpesan kepada adiknya untuk tidak mencampuri sebarang urusan yang melibatkan dirinya kerana mungkin akan memberi kesan buruk kepadanya kelak.

"Saya sudah beritahu sebelum ini jika kita layan kata-kata negatif di laman sosial sampai bila ia tidak akan habis.

"Mungkin ada hikmahnya kejadian tersebut kerana dia sudah dapat pengajaran agar tidak lagi mengulangi perkara sama," katanya.

Sumber : tupai.com.my

Sunday, January 25, 2015

Adik Neelofa Dikecam Kerana Memaki Hamun Gambar Kakaknya

Baru-baru ini Neelofa ada memuatnaik satu gambar menunjukkan kepalanya dipegang oleh seorang Qari Faiz Uddin Hazarvi.Gambar tersebut mendapat komen panas dari peminat Neelofa.Namun bukan itu yang menarik perhatian.

adik Neelofa Memaki Hamun kakak Sendiri, Neelofa, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Nur Ameera

Satu komen dari adik Neelofa dikenali sebagai Nur Ameera Mohd Nor dan baru berumur 14 tahun telah menarik minat kami.Ternyata komen tersebut mengejutkan kerana di sertakan dengan kata-kata kesat.Ameera seolah-olah berlagak dewasa dengan cuba menyokong tindakan akaknya dan memaki hamun peminat yang membuat provokasi.

Bagi kami itu sifat seorang adik yang mahu mempertahankan kakaknya namun sebagai seorang adik kepada 'Public Figure' sepatutnya dia perlu lebih berhati-hati dalam memberi komen.Namun mungkin ramai tidak kisah memandangkan Ameera masih di tingkatan 2 dan belum boleh mengawal emosi.


adik Neelofa Memaki Hamun kakak Sendiri, Neelofa, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Nur Ameera

Gambar sebegini sepatutnya tidak elok dimuatnaik walaupun mungkin ia merupakan tujuan perubatan namun Neelofa perlu ingat bahawa  'Keyboard Warrior' bekerja 24 jam.

Sumber : berita-mediasemasa.blogspot.com