Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi meminta individu yang telah menggodam akaun Facebook miliknya kira-kira setahun lalu agar mengembalikan kata laluan kepadanya bagi membolehkan beliau menguruskan semula laman sosial berkenaan.
Aznil, 52, berkata, akaun Facebook tersebut mempunyai lebih 1.6 juta pengikut yang dikumpulkan sejak enam tahun lalu dan berasa sayang sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja.
"Akaun Facebook itu saya daftar pada enam tahun lalu dimana ketika itu laman sosial tersebut belum popular lagi.
"Rasa sayang sangat apabila ia telah digodam kerana kebanyakan peminat saya berkumpul dan mengambil tahu mengenai perkembangan terkini saya menerusi Facebook berkenaan.
"Diharap individu tersebut dapat mengembalikan Facebook saya itu.
Apatah lagi sehingga kini individu itu masih lagi memuat naik pelbagai status," katanya
Baca : Jawapan Rahim Jalor Isu Persenda Baju Melayu
Sumber : newsredapple.blogspot.com