Showing posts with label Program Facing Up To Fazura. Show all posts
Showing posts with label Program Facing Up To Fazura. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

Dakwaan Haters Bakal Terjawab Dalam Facing Up To Fazura!

Terlalu ramai individu yang mengakui bahawa mereka kenal siapakah dia sebenarnya aktres sensasi pujaan ramai Nur Fazura Sharifuddin.


Dakwaan Haters Bakal Terjawab, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Program Facing Up To Fazura

Fazura yang mesra disapa Faz tidak pernah sedikit pun mempedulikan dakwaan yang sering dilemparkan terhadapnya malah menjadikan dia lebih yakin dan tidak gentar berdepan dengan sebarang situasi.

Meletakkan dirinya sebagai selebriti pertama dari Malaysia yang dipilih NBC Universal  untuk memiliki program realiti televisyen di saluran E!, Facing Up To Fazura bakal memaparkan kehidupan seharian yang dijalani Fazura sebagai seorang selebriti terkenal, teman dikala susah senang, pencinta haiwan peliharaan dan anak perempuan tunggal kesayangan keluarganya.

“Kepada anda yang selama ini merasakan kenal atau ada membawa cerita mengenai saya, golongan ini mungkin akan rasa tidak senang sebab ada cerita-cerita yang dijaja itu mungkin kebenarannya akan didedahkan dalam program ini.

Dakwaan Haters Bakal Terjawab, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fazura, Program Facing Up To Fazura

“Tidak pernah terlintas pun di fikiran saya apabila ada pihak yang tampil, apatah lagi nama sebesar E! Channel ingin menghasilkan Facing Up To Fazura. Saya melihat ia seakan rahmat dan peluang yang diberikan ini akan digunakan untuk menjelaskan kepada haters diluar sana siapakah Fazura sebenarnya.

“Jadi ketika mendapat tawaran ini saya sedikit gementar, namun saya harus hargainya dan meletakkan syarat agar tiada babak lakonan dan sebarang skrip yang dibuat. Ia harus berlaku secara natural, bila marah ataupun sedih ia bukannya lakonan dan dibuat-buat, ia sememangnya realiti.

 “Kisah cinta juga akan saya paparkan kembali dalam program ini, kalau nak tahu kisah cinta yang mana anda kenalah tunggu siarannya 14 Dis ini , tuturnya dalam sidang akhbar yang diadakan di The Gardens Foyer, Midvalley City awal pagi semalam, Rabu.

Fazura yang pernah dilabel ‘party girl’ ini tidak bererti dia seorang yang rakyat Malaysia yang tidak boleh dijadikan idola khususnya kepada wanita. Suara lantangnya membela kaum wanita sering digunakan untuk berdepan dengan sebarang situasi.

Kepada semua peminat aktres dan ikon fesyen terkenal tempatan ini, kini tiba waktu untuk anda mengenali lebih dalam siapakah dia Fazura dalam Facing Up To Fazura yang akan disiarkan di seluruh rantau Asia Tenggara , 5 episod menerusi saluran E! Astro 712 bermula 14 Disember ini.

Baca : Mon Ryanti Terima Berita Kehamilan Dalam Kesedihan  

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif